Tuesday, March 29, 2011

Pupuk semangat baru

Salam kasih sayang kerana Allah insyaAllah..

Sehari sebelum kelas bermula, tidak teringin nak kemana-mana. Entahlah, kalau tak, sebelum ni selalu saja berjalan-jalan ikut orang. Tapi, hari itu saya putuskan untuk berseorangan saja dalam bilik. Semua keluar. Pergi carrefour, manshiah, samouha...phew..penatla nak ikut. Senyap sunyi je 'floor'. Yalah, nak pasang tv, tv dah kena kebas. Patutlah rasa sunyi je 'floor' ni.

Alhamdulillah, kelas harini xlama mana. 2jam je. Belajar  pasal "Historical Context Of Public Health". 'Best' jugak. Tajuk ni dalam bahagian "Community Medicine".  Barulah tahu, kalau nak kata orang tu betul-betul sihat, kena ada "indicator" dari segi "Physical, Social, Mental, Emotional, Spiritual, and Environment". Haha. Lepas ni kalau orang tanya, " Sihat x?" Fikir dalam-dalam dulu semua faktor tu. Huhu. Haaa..lepas habis kelas tu..ape lagi..jalan-jalan la.haha.

" Eh, korang nak balik naik ape?"
"Ntah, diorang kate jalan kaki."
"Ha? Siapa yang cadangkan?"
" Shafira"
"HA??"

Walaupun hakikatnya macam tak percaya je, tapi, akhirnya, kami semua join juga jalan kaki dari Mowassa ke Asrama Mara. Jauh ke x? Hmm. Boleh la dikira jauh juga, tapi, bagi sesiapa yang dah biasa berjalan, tak rasa jauh kot. HUHU.


Ibarat kali pertama datang ke Alexandria, macam-macam gambar diambil. Nampak sangatla tak puas jalan lagi kat Alex ni haa...yang 'best'nya kali ni, musim bunga. Jadi, bunga-bunga semua tengah berkembang. Cantik sangat !!







subhanallah...


Seronok memamg seronok. Jalan sana sini. Jadi sihat sikit. HUHU. Haa..sampai sini sajalah dulu Tak larat dah nak sambung. ok, assalamualaikum...~

No comments:

Post a Comment