" Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya" 84:6
La tahzan ika..
innallah ha ma'ana..
jangan bazirkan masa lapang yang ada..
BETUL. itu satu ujian yang kadang2 orang tak perasan.
ujian masa lapang dan lagi satu ujian kesihatan yang kedua2nya Allah beri dalam bentuk nikmat. Hanya orang-orang yang beruntung sahaja yang sedar akan ketidakbolehan utk kita kufur terhadap dua nikmat tu.
Pernah tak..
Pernah tak bila kita ada masa yang sangat banyak sampai tak tahu nak buat apa?
Kadang2 rasa gelisah+tak tenang, tak tahu nak buat apa..
Masa tulah Allah nak uji kita, sama ada kita akan guna masa lapang tu utk dimanfaatkan sebaiknya atau kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja..
Jangan risau, Allah cuma mahu uji kita sikit je tu..
jangan putus asa...sentiasa rapat denganNya..
jangan sekali berasa jauh...
ingat, sekali kita dekat denganNya...seribu kali Dia dekat dengan kita...
Ingat janji Allah..never give up !
Jom, cari aktiviti yang bermanfaat..
n 'list'kan apa yang kita rasa boleh buat..
tak kesahla kalau aktiviti tu basuh baju ke, lipat kain ke, mop lantai ke..asalkan ada sesuatu yang boleh mengisi masa kita, tapi yang sebaik2nya kalau nak merawat kegelisahan ni dah tentunya baca Al-Quran dan mengingati mati kan?
Jom sama2 muhasabah balik, apa tujuan kita hidup di dunia ni..
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".2:30
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." 51:56
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
-------------------------------------------------------------
*tiba2 rasa macam nak pegi balik kedai buku tu nak beli buku yang aku letak balik kat rak tu.hmm.

buku ape tuh?
ReplyDeletetak ingat sgt tajuk sebenar apa, tpi, tjuk die lebih kurang..."utk orang2 yang selalu berada dalam kegelisahan..." lebih kurang macam tula rasanya...
ReplyDelete