Salam kasih sayang kerana Allah insyaAllah..
Harini berkesempatan untuk 'blog walking' dan saya tertarik dengan artikel ustaz Hasrizal ni..
-------------------------------------------------------------------------
Motivasi Pagi -3-: Membebaskan Diri Daripada Taklukan Faktor Luaran
- Allah menjadikan manusia dengan potensi yang sama – semua boleh menjadi hebat. Iaitu apa yang dinamakan sebagai fitrah.
- Manusia sudah terbiasa hidup bergantung kepada bantuan manusia lain bermula daripada detik kelahiran hingga ke kematian. Kebiasaan ini jika tidak diurus tadbir dengan baik akan memberikan kesan yang tidak baik kepada potensi diri apabila kita terlalu terikat dengan bantuan orang lain.
- Justeru kehebatan manusia adalah bermula dengan pembebasan diri.
- Meminjam kata-kata Stephen Covey di dalam The 7 Habits: Manusia tidak boleh berperanan (efektif) selagi mana dia itu seorang yang DEPENDENT.
- DEPENDENT: Terikat atau tertakluk dengan banyak faktor luaran yang mengongkong diri – terikat dengan keadaan trafik, cuaca, fesyen, makanan, suami, isteri… Misalnya, seorang suami tidak boleh menjadi baik dengan alasan isterinya tidak baik. Atau seorang pemandu tidak boleh berhenti mencarut dan beralih kepada zikir kerana jalanraya yang terlalu sesak. Mood tidak baik kerana cuaca mendung. Keadaan seperti ini tidak memungkinkan seseorang itu menjadi efektif dalam kehidupan kerana dia tidak mempunyai kawalan ke atas diri sendiri sebaliknya dikawal oleh faktor-faktor itu tadi.
- Mesti bebaskan diri menjadi manusia yang INDEPENDENT.
- Apabila kita bebas barulah kita menjadi Master of Your Own Destiny.
- Benarkah begitu?
- Kebebasan itu boleh membinasakan. Cuba julang sebuah buku ke udara dan lepaskan ia dari pegangan. Atau layang-layang terputus tali.
- Oleh itu, kebebasan mesti ada tempat berpegang untuk memegang dan dipegang
- Kebebasan mesti dipimpin oleh prinsip. Guided by principles.
- Islam memberikan acuan yang sama malah lebih sempurna.
Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat? [Al-Furqan 25: 43]
- Ayat berkenaan menceritakan ada manusia hidup sebagai mangsa jajahan, bukan dijajah oleh Kuasa Asing tetapi dijajah oleh Hawa Nafsunya sendiri apabila tidak mempunyai kawalan ke atas diri dan sentiasa mengikut kehendak Nafsu. Misalnya, terpaksa makan kerana ada makanan.
- Inilah rahsia dan peranan besar Shahadah kita. Ungkapan (لا إله) – bermaksud membebaskan diri daripada dipertuhankan oleh hawa nafsu, oleh fesyen, malah oleh suami, isteri, majikan atau cuaca. Kita bebas menentukan pilihan tindakan.
- Namun kebebasan itu dipimpin dan ditunjang oleh prinsip yang datang pada bahagian berikutnya (إلا الله)
- Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang menjadi keutamaan tertinggi hidup kita, justeru mentunjangi kebebasan dan pilihan dalam hidup ini.
- Selamat membebaskan diri, dan memaksikan kebebasan itu pada sebuah pendirian yang berIlahkan Allah!
Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
-----------------------------------------------------------------------------------------
Pernah tak dengar ungkapan ni,
" kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih" ?
Pernah kan?
Huhu..macam ada kaitan dengan artikel ustaz Hasrizal ni..
yalah kan, macam-macam alasan yang kita selalu beri untuk elak dari melakukan sesuatu,
terlalu banyak sangat halangan yang kita sendiri wujudkan daripada melakukan sesuatu yang pada hakikatnya boleh sahaja kita laluinya..
"Kenapa tak pergi kelas semalam?"
"Hujan lebatlaa..sejukk..."
Ha? Payung kan ada...baju sejuk? Ada jugak kan?
"Nape xbaca TBL semalam?"
"Ngantuk laa..."
"Pagi tadi kan ada masa, boleh je baca.."
"ermm..selsema la..xselesa.."
Amboih, nak tunggu badan segar bugar baru nak ada usaha baca buku?
erm2...'nasihat untuk diri sendiri jugak nih'...huhu..
Tu beberapa contoh je ye.
Jangan tiru alasan kat atas tu sudahlah..
Jangan tunggu ja, jangan lihat ja, tapi, 'put an action' !!
yakin yang kita boleh buat apa yang kita fikirkan,
don't be too strict on anything you do..
oh-ni-memang-nasihat untuk diri sendiri terutamanya dan pembaca2 sekalian..
yalah kan, kadang kita ter'cakap..
"susahnya belajar medik ni , boleh ke aku buat ni?~!!!!!"
sepatutnya, selalu cakap..
"medik?? ala..'senang' ja....insyaAllah!~~~"
ingat kan, 'the power of mind set'?
'Positive thinking'?
sure2 lah semua pernah dengar kan?
Tapi, lupa kan?
haha..jangan risau, saya sendiri pun kadang2 lupa..
don't worry, jom kita bina balik semangat..!!
Namun, apa-apa pun yang kita lakukan,
bebas mana pun aktiviti yang kita nak lakukan,
bebas mana pun aktiviti yang kita nak lakukan,
sewajibnya, kita mengikut garis panduan yang dah Allah tetapkan.
insyaAllah..aktiviti yang kita lakukan tu di bawah redhaNya..
"kebebasan dalam disiplin" cantik kan?
No comments:
Post a Comment