Salam kasih sayang kerana Allah insyaAllah..
Post kali ni, gelaran 'saya' digunakan..
Alhamdulillah, selamat tiba di alex hari Isnin lepas. Ambil masa yang lama jugakla perjalanan dari Kaherah ke Alexandria. Tak tahu kenapa. Walhal sebelum ini saya kira tak lebih dari 3 jam. Perasannya, jalan yang bas lalu tu pun macam bukan jalan yang pernah saya lalu untuk ke Alex. Hmp, mungkin jalan baru buat kot.
Badan yang sememangnya dah terasa sengal2nya, meminta untuk bergerak. Adui, macam manala nak gerak dalam bas ni. Dengan beg laptopnya lagi, memang macam dah 'terstatik' duk tegak je ats kerusi bas sampai tak boleh gerak2. Nak tido? Haila..memang dah berapa jam dah tido tadi. Dahla bukan suka sangat tido lama2. Tapi, nak xnak, tertido jugak lagi kat dalam bas..
Tup, tap, tup, tap..
dah sampai kat area asrama,,tapi, belum sampai lagila..jalan memang sangat 'jammed'..kiri kanan depan belakang penuh dengan kereta. Gerak pulak macam ulat gonggok.(oklah tu, laju dari siput) haha. Sambil2 tu dapatla tengok gelagat2 orang arab melihat orang Malaysia dah balik. Ade yang melambai-lambai..apa lagi, balas jela lambaian diorang. HAHA. (xde keje)
Memang nampak jugaklah...jalan2 raya macam makin bersih, and makin bertambah jugak orang yang jual2 tepi jalan. Dalam fikiran aku, 'OH-mungkin sebab malam tak ramai orang kluar kot-sebab curfew'..yalah rasanya..dengarnya, curfew start pukul 12 tgh malam. TAPI, dinasihatkan untuk tak keluar dah lepas pukul 9malam.. Apa2 pun, rasa "happy-la-jugak" apabila melihat warga Mesir ceria menerima kepulangan kami yang saya kira sebenarnya belum bersedia sepenuhnya pulang semula ke Mesir. "Eh, ke saya seorang saja yang rasa macam ni??"
Syukur Atas Ujian
Oh, ya. Terlupa pula episod di mana kami diuji dengan ketiadaan air+kehilangan barang+keadaan 'floor' yang boleh diibaratkan seperti 'tongkang pecah' sesampainya kami di asrama Mara. Balik ibarat semut, sampai ibarat tunggul. Tak tahu nak buat apa. Dengan keadaan tandas yang kotor, bilik-bilik yang berbau dan barang-barang yang bersepah sana sini membuatkan hampir semua penghuni 'floor' terduduk, terdiam sendiri.
"Takpelah..kita kemas dulu barang2 ni bwk ke tepi..nanti bila air dah ada..kita kemas habis-habisan ok.."
Ya Allah, mudahnya hambaMu ini terlupa untuk bersyukur selepas nikmat yang Engkau tarik sementara pulang kembali. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Kini, episod2 tersebut menjadi kenangan. Episod empat hari di mana keadaan air seperti biskut, kejap ada, kejap takde, episod senior2 mencari laptop tapi tak ada, episod orang2 arab bergaduh depan 'floor', episod tv satelit baru disedari kehilangannya, episod basuh baju di rumah senior. Semuanya tersimpan sunyi di dalam hati masing-masing. Yang tinggal hanya barang-barang yang masih belum dituntut oleh pemiliknya yang sebelum ini menetap sementara di asrama sebelum dievakuasikan dahulu.
Harimu, Harimu !
Cukup tertarik dengan ulasan penulis 'Dr. Ibrahim Fiqhy' dalam bukunya yang berjudul "Supaya Gelisah Bernilai Ibadah" dalam salah satu babnya iaitu "Harimu, Harimu!". Penulisannya bermula dengan sebuah syair,
" Jika engkau berada di pagi hari maka jangan tunggu petang hari. Jika engkau di petang hari jangan tunggu esok pagi"
Kehidupan adalah hari yang anda jalani sekarang ini, bukan hari kelmarin yang telah berlalu pergi dari anda dan bukan pula hari esok yang tidak pasti apakah anda akan bertemu dengannya. Hari sekarang adalah hari yang anda rasakan hangat mataharinya. Umur anda hanya satu hari yang anda lalui sekarang. Sebuah syair mengatakan,
" Apa yang telah berlalu tidak akan kembali, masa depan jua sesuatu misteri. Kehidupan sebenarnya adalah waktu di mana anda berada sekarang."
Masa depan jua sesuatu yang misteri. 'Full stop'. Pada mulanya , timbul persoalan di benak fikiran saya, "tak perlu fikir masa depan ke?".. saya ulang balik ayat tersebut, baru saya faham. (oh, lambatnya saya). Penulis ingin menyampaikan mesej bahawa masa depan itu sesuatu yang belum tentu pasti, belum tentu kita boleh sampai, boleh jadi kita mati esok, boleh jadi kita mati sekarang. Nauzubillah min zalik. Jadi, jadikanlah sekarang ini untuk kita lakukan sehabis baik untuk kebaikan masa depan yang tidak pasti. Ataupun lakukan kebaikan sebanyak mungkin untuk mati yang pasti. Betul kan macam ni?
Yalah, kita selalu dengar cerita "Angan2 Mat Jenin", seringkali memikirkan masa depannya yang belum tentu pasti. Dia menggunakan 'sekarang' untuk memikirkan perkara 'akan datang'. Mengapa dia tidak berusaha 'sekarang' supaya dia dapat merealisasikan apa yang dia fikirkan akan dapat pada masa 'akan datang'? Maaflah kalau ayat saya kurang difahami.
Untuk harini saja, curahkanlah segala perhatian dan usaha anda. Untuk harini saja, kerahkanlah segala kemampuan anda dan apa yang anda miliki. laksanakanlah solat dengan khusyuk, bacalah Al-Quran dengan penuh keinsafan, berzikir dengan hati yang hidup, berakhlak mulia, rela dengan ketentuan Allah, membantu orang lain, mengambil berat suasana dan kesihatan tubuh dan kegiatan lain yang bermanfaat.
Oh, bab ni memang kena tepat pada batang hidung sendiri apatah lagi saya baru sahaja pulang dari menghabiskan masa yang 'kurang' berkualiti selama sebulan setengah di Malaysia. Tak,tak..masa dengan keluarga memang sangatlah berkualiti, tapi, waktu yang selain daripada itu. Entah kenapa, masa yang ada begitu banyak, tapi, aktiviti yang dilakukan memanglah sangat sedikit. Alhamdulillah saya masih hidup harini. Allah beri peluang kepada saya dan kepada anda untuk menebus kembali masa yang telah dibazirkan. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Jom, kita jenguk-jenguk lebih apa yang kita buat dengan masa kita. Ayuh !!
Penutup
Hidup ini tidak akan terasa nikmat kecuali dengan iman. Pernah dengar pasal "Iman adalah Kehidupan"? Mesti pernah kan? Islam itu syumul, sempurna. Untuk betul-betul mengaplikasikan sempurna tersebut hendaklah dilaksanakan dengan iman. Jadi, masa pun sama kan? Untuk lebih cantik, Penuhkan masa dengan aktiviti yang dapat menambahkan iman. Ma'thurat pagi petang? Solat sunat lepas solat fardhu? Surah Al-Kahfi tiap2 Jumaat? Apa-apa sahaja boleh. Macam-macam ada. Asalkan semuanya nanti akan berbalik pada Pencipta kita. InsyaAllah, kita tak akan rasa rugi masa di dunia ini. JOM!^_^

No comments:
Post a Comment