Saturday, February 19, 2011

Travelog 3

Salam kasih sayang kerana Allah...
aduhai...lama pulak travelog ni berhenti..
Takpelah, rasa2 macam takda pengikut pun buat masa ni..
Jadi, tak pe lah kut kalau 'stop' kejap..huhu..

---------------------------------------------------------

29 Januari 2010

Harini sepatutnya hari perasmian Ma'radh Kutub. Dengar-dengarnya perasminya Hosni Mubarak.
Hmm..berani ke dia nak datang masa keadaan tengah kritikal macam ni ya? Dahla Hosni Mubarak
jadi tumpuan sekarang ni untuk dijatuhkan oleh rakyat-rakyatnya. Dengar-dengar jugak,
rusuhan ni takkan berhenti selagi Hosni Mubarak tak turun tahkta sebagai Presiden.
Hmm...agak-agaknya rusuhan ni berlanjutan sampai bila ya?

" Waalaikumussalamm..ohh, yeke? Tangguh pulak dah...memang patut tangguh pon enn..
siapalah yang berani pergi bila keadaan tengah 'panas' macam ni ek..haha..ok2,
trimas 'inform'...assalamualaikum..." Telefon dimatikan. Sahabat aku, Syahidah yang menelefon,
memberitahu mengenai penangguhan Ma'radh Kutub. Nampaknya angan-angan nak pergi ma'radh,
terhentilah nampaknya..

Sesungguhnya, manusia ni hanya boleh merancang, walau sebaik manapun rancangannya, rancangan Allah jualah
yang paling terbaik.

Kadang-kadang kita sayang dan suka sangat sesuatu, tapi Allah beri sesuatu yang kita kurang suka dan sayang,
TAPI lebih bermanfaat buat kita pada masa hadapan. Sangat 'sweet' kan? Dia tahu itu yang terbaik untuk kita,
tapi kita tak tahu, sebab kita tak tahu lah, Dia nak bagi yang terbaik buat kita.!

Sepanjang hari ni pen sering berlari di dalam diari yang sebenarnya jarang dipenuhi dakwat.

" Kata2 hati ini, milikNya.." aku memulakan penulisan yang tak seberapa.

" Ya allah, selamatkanlah kami di sini. Aku takut, tapi xterluah..muka tegang, kepala berserabut.
Alhamdulillah aku bawak mushaf tercinta. Ayat2 cinta penenang hati. Kali pertama tengok keadaan
macam ni. Aku betul2 berada di tempat ni ke, Ya Allah? Aku tahu, Kau takdirkan aku kat sini bukan
main2, tapi dengan tujuan tersendiri yang tak aku ketahui lagi. Dengan izin Kau, inilah
yang terbaik untuk aku. Mungkin, supaya aku lebih dekat padaMu. Ingat akan kekuasaanMu dan
janjiMu. Sungguh, aku terkedu bila terbaca surah Al-Qasas ayat 5, mafhumnya..

' Dan Kami hendak membri karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu, dan hendak
menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi(bumi),'

Ya Allah, aku yakin mereka akan menang demi memperjuangkan hak2 Islam. 'Mereka'? Adakah termasuk aku
sekali?.....................
Ya Allah, sepatutnya apa yang patut aku buat? Aku...mahu berjuang di jalanMu. Tapi, aku hanya
mampu berdoa. Mungkin, aku belum bergetar rasa takut sebab aku tak di tempat mereka. Aku
tak terasa marah kerana aku bukan di tempat mereka. Bagaimana rasanya ditindas, dihina, dipukul,
dipenjara tapi tak bersalah, dan diberhentikan kerja hanya kerana BERJANGGUT dan mengaku Islam?
Ya Allah..jauhkanlah aku dari bumi yang makin 'rosak'...jauhkan aku dari permainan ini Ya allah..
kuatkan hatiku..

THERE MUST BE A GOOD REASON FOR THIS THING TO HAPPEN. LET'S BE SRTONG! BELIEVE IN ALLAH!
GIVE UR SUPPORT!!"

Sejak perkara ni berlaku, aku mula buat 'status FB' aku sendiri dalam diari tentang berita2 baru yang
aku dengar.

" New Status about Rusuhan:
    - Balai Polis kene bakar, 'all' penjenayah dah terlepas. Jadi, banyak sangat jenayah
      berlaku.
    - Parlimen dah pun bubar kat Mesir ni, jandi, tentersa yang berkuasa sekarang. Polis dah xde kuasa
      nak tangkap penjenayah.
    - Tadi, dekat2 hayyu sabe' ni dengar2 bunyi tembakan..nampak orang2 lari bawak batang besi,
      Ya Allah..kat sini pulak ke...
    - Kat Alex, Aeishah n Shafira cite, 4 buah kereta kebal lalu depan asrama Mara, (bunyi cam hepi je)
      Setakat ni yang meninggal di Alex, 36orang, Cairo, belas2. Total di seluruh mesir=96 kot...

" New status : 21:00
    - Kaherah: Kawasan Merah (paling teruk)
    - Tonto : Kawasan kuning
    - Alex : -xdiketahui-

Kawasan merah n kuning ni kena catu makanan. Means, 'no food supply' jadi kena simpan2 makanan.
' seems too much experience i will gain here..Ya Allah..selamatkan dunia...oohh..

" New status : 22:18 p.m.
dengar cite, pesawat Malaysia sedang bersedia. (nak amik kite ke??)
Kalau balik Malaysia..mesti tempohnye lame kan...nak sambung study kat mane...??




3 comments:

  1. ngeee..tringt plak mase sumer org kuar cari bhn mntah....kite plak g cari fgatirah~

    ReplyDelete
  2. diari yg ikha tulis mase xde line tenet kan ??? hehe...

    ReplyDelete
  3. hhu., xpelah, pasal fatirah la kite dapat kuar n tgk org2 arb beratur panjang beli makanan...

    nabila yu, alamak, diari tu bukan lagi diari la nmpaknya..huhu

    ReplyDelete