Alhamdulillah..tenang rasanya bila dapat tahu Si Hosni Mubarak akhirnya 'resigned' sebagai Presiden Mesir. Perginya Mubarak membawa kegembiraan yang tidak terperi buat rakyat-rakyat Mesir terutama mereka yang berjuang demi keagungan Islam, Mesir dan umatnya sejak dahulu hingga kini. Mereka berjaya membuktikan bahawa mereka benar-benar layak untuk mempunyai ketamadunan dan sejarahnya yang tersendiri. Seperti dalam kebanyakan status di laman sosial 'Twitter', "Congrats Egyptians!!!"
"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!"
Begitulah laungan kegembiraan umat Islam di Mesir selepas kemenangan berjaya dikecapi. Tenangnya hati melihat beribu-ribu umat Islam melakukan sujud syukur bersama-sama menandakan betapa mereka tidak pernah putus2 bergantung harap pada Allah. Itulah umat Islam yang kita mahukan ! Malah, rakyat Mesir yang beragama Kristian bersatu demi menegakkan hak bersama, selama ini sentiasa mengawasi keselamatan bersama ketika rakyat Mesir yang beragama Islam sedang bersembahyang. Begitulah kesatuan mereka.
Walaubagaimanapun, rakyat Mesir harus mempunyai rancangan mereka tersendiri bagi memastikan siapakah yang bakal memimpian mereka selepas ini.
Sila layari laman-laman web dibawah untuk lebih maklumat:


No comments:
Post a Comment