Salam kasih sayang kerana Allah. Ok, insyaAllah travelog berjalan kembali. Hmm, ada satu info ingin diberitahu. Tau kan pasal plan aku nak gi 'MA'RADH KUTUB' tu? Plan tu dibuat 'after' diketahui bahawa 'event' tersebut ditangguhkan daripada 26 Januari 2011 kepada 29 Januari 2011. Tapi, memandangkan tiket telah pun ditempah, perjalanan harus diteruskan........terfikir tak, kenapa Allah takdirkan Ma'radh tu ditangguh???
---------------------------------------------------
28 Januari 2011
Perjalanan dari Abassiyah ke Hayyu Sabe' lama la jugak. Dalam setengah jam rasanya. Semalam bermalam di rumah kawan sekolah Integomb aku dulu, Yat. Assyu pun ada sekali. Memang borak sakan lah bila dah jumpa. Adui, tiba-tiba je masuk bab pasal rusuhan. Gerun jugak bila tiba-tiba ada orang 'inform' esok lepas sembahyang Jumaat jangan keluar mana2, apatah lagi 'area' Abassiyah ni. Dengarnya, akan ada rusuhan besar-besaran.
Aku : (=.=)
" 1 Text Message Received"
" From : Mak
Messages: Ika kat mana? Nape laa kuar time macam ni..mak risaulah...hati2 jalan kat situ, jangan kluar2 sgt.."
Aku : (=.=') (=.=')
'Seriously', kalau mak aku risau kat aku macam ni, memang aku lagi, lagi dan lagilah risau...
'Takpe, insyaAllah tak ada apa-apa..'
Aku cuba jadi lebih positif.
" Weh, jauh tul BKAN Selangor dari tempat tremco tu berenti..~!"
" Syu, tiap2 hari ke ko jalan jauh camni...patut aa aku rase ko mcm dah 'kecik' sikit.."
Ada-ada je kawan-kawan aku nih, termasuk aku sekali lah tu.
Nak diceritakan, sekitar pemandangan naik tremco tadi, jalan masih ok. Ramai jugak yang keluar berjalan-jalan. Orang arab lah tapi.
Dalam hati, 'alhamdulillah...selamat kot kat sini...'
Tup, tap, tup, tap..
PERGH, akhirnya sampai jugak kat depan bangunan BKAN Selangor.
Alhamdulillah....
Aku, nama je anak negeri Selangor, tapi, tak pernah singgah..
Ni la baru sahaja nak menjejakkan kaki kat dalam bangunan ni.
Cantik jugak bangunan negeri aku ni. Ececece..:P
Macam asrama Mara juga, ikhwah di tingkat bawah, akhawat di tingkat atas. Cumanya, bangunan ini hanya mempunyai tangga untuk bergerak dari atas ke bawah, atau dari bawah ke atas.
Tapi, ni bukan bangunan sebenar, bangunan ni sementara sahaja.
Bangunan Selangor yang sebenar sekarang ni masih dalam 'islah' lagi, maknanya masih dalam pengubahsuaian..
Jadi, bangunan ni bukanlah milik orang Melayu, tapi orang arab itu sendiri.
ka...x pasal2 aq dpt 'compliment'
ReplyDeleteeheh~tp sian korg en...jln jauh2..~
haha, saje nak membodek je tuh..
ReplyDeletexdelahh....
dapatlah rse cmne rse penat ko jalan pergi balik kuliah....jalan jauh, byk pahala..:)huhu