Kemunculan entry mengenai travelog ni diusulkan oleh kawan kakak aku, Kak Dahlia..dimana dia mencadangkan supaya aku bercerita tentang pengalaman aku sepanjang tempoh rusuhan di Mesir. Walaupun aku rasa, pengalaman aku bukanlah 'best' sgt, tapi, kalau tak 'best' pon, memang aku nak tulis, 'n' kalau Kak Dahlia tak usulkan pun, aku nak tulis jugak. HUHU. Travelog ini lebih mengenai apa-apa yang aku rasa sepanjang berada dalam tempoh rusuhan tersebut.
----------------------------------------
25 Januari 2011
'Aiseh. Esok exam essay. Mcq aritu pun aku rase cam xbrape best je jawab. Ya Allah, berikanlah ilham yang terbaik buatku dan sahabat-sahabatku yang akan menghadapi peperikasaan esok hari.'
Gumam aku dalam hati. Boleh pulak kepala ni melayang tempat lain, walhal tengah dok 'study' Histologi pasal 'Fascia' dan pembahagian-pembahagiannya, 'Deep Fascia' dan 'Upper Fascia'. Cepat-cepat aku fokus kembali pada pembacaanku.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising kat luar, 'and' tiba-tiba jugak aku teringat pesanan Walid supaya harini jangan keluar mana-mana, sebabnya dengar cerita orang 'egypt' nak wat rusuhan.
"Weh, rusuhan aa tuh~~!!"
Aku jerit lalu terus berlari laju dari bilik paling depan sampaila bilik paling belakang yang paling dekat dengan beranda. Semua ahli2 'floor' aku pun dok join sama.
"Mane weh, mane??"
"Ha'ah aa..tu, tgk tu...polis belambak gile kat hujung sana tuh!"
" Nak tengok gak weh...mane?? Ohh..yg tu ke?? Asal aa dorg wat cmtu??"
Begitulah..agak jakun jugalah bagi orang-orang yang tak pernah melihat situasi macam tu seperti kami nih. Apa-apa pertanyaan dan persoalan ketika itu tak terjawab memandangkan kami baru 4bulan berada di bumi Mesir ni.
Aku? Hmmm.. "Aku kene cari pas exam pasal ni.."Kene topup broadband dulu aa tapi..
26 Januari 2011
Yeah..! Alhamdulillahh~~ dah abis pun 'exam'...adui, sakit tangan ni menulis. Nak cepat siap punya pasal. Takut tak sempat jawab semua soalan. Bagus jugak, sempat jugak aku 'check' semua. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHMDULILLAH.
My Winter Break Planner:
27 Jan: Pegi Cairo..mau jumpe itu Asyyu!
28 Jan: Di Cairo lagi, kat umah Assyu di Hayyu Sabe'
29 Jan: Cairo-MA'RADH KUTUB! YEah, nak beli buku~
30 Jan: Balik Alexandria semula..naik kereta api..
31 Jan: Jadi pemerhati untuk Mesyuarat Agong PCI
1 Feb: Cuti kat asrama,,buat apa2 yang patot
2 Feb: Habiskan novel Versus..
3-6 Feb: Kembara SINAI !!
Hmm. Setakat ni, nilah perancangan aku. Untuk hari2 lain..belum fikir lagi. Apa ya?
27 Januari 2011
Tepat pukul 10 pagi, kereta api mula bergerak dari Alexandria ke Kaherah. Seronok jugak sebabnya ni kali pertama aku menggunakan kenderaan awam ni kat sini. Tak pening pulak tu, boleh pulak aku habiskan novel Versus sampai separuh.
" Eh, asal tuh?"
Aku lihat beberapa orang askar membuat satu kepungan di luar tingkap. Dalam kepungan tu, aku lihat ada beberapa orang yang nampaknya macam orang-orang besar, di satu sudut yang lain pula, beberapa orang lelaki sedang duduk seolah-olah macam tahanan. Aku tak dapat nak mentafsirkan apa-apa. Cuma, persoalan sudah tentulah asyik je bemain-main kat kepala ni. Kenapa macam tu? Apa diorang buat? Ada kaitan dengan rusuhan kelmarin ke?
Entahlah. Hanya yang tahu saja yang tahu. Tapi, Yang Maha Mengetahui adalah Dia, Allah.

ka....da habes explore kah///heh, btw, broadband smpai la nie x top up en...eheh~
ReplyDeletehaha, bile nak topup je, ade curfew..pastru nak topup lagi..dah nak blik m'sia..kang rugi pulak..huhu
ReplyDelete