Friday, March 5, 2010

Doa + Usaha .. dijadikan cerita..

Salam! Bertemu lagi kite yeK? (hm, mcmla ade ramai yg nk baca..huhu).. Semalam, 4 march 2010, aku baru sahaja menghabiskan pembacaan sebuah novel yang bertajuk, DOA UNTUK AKU... seriously, pada mulanya aku tidaklah minat sgt utk membacanya...tp, disebabkan Aieshah Khidir yg merupakan sahabat aku mengatakannye sebagai sebuah novel yg best, so, aku pun pinjamlah... Aku pnjam je..tp, amik masa yg lame utk mula membacanya..huhuhuhu...n satu lg sbb aku kureng nk bace, mungkin sbb aku xpernah baca novel terbitan pts-one yg tebal.sebelum ni, salu baca yg nipis2 aje...yela, novel yg simple2.. TAPI! Lepas dh nk suku aku bace, aku gile ah gelak terbahak2! Sepanjang pmbacaan aku, byk kali jugak la aku gelak..sampaila abis citer ni. N kenyataan yang aku nak buat kt sini is, ni la novel pertama yg buat aku gelak gile2!! hahahaahahahaaahahhaa...

inila cover depannye..... cantik en?hahahaa..

 Haha,,,
Kenapa? Kenapa aku ckp kelakar?.,hahaha..
Sebabnya, aku suke gile ngn watak utame die yg dinamakan Adly.
die digambarkan sebgai seorang yg agak lurus, n kadang 'lampi'..
tapi! dia pndai berkata-kata..dan die tak pernah putus asa dalam misinya iaitu..
"Misi Mencari 40 doa"..
Adly ni sebenarnya seorang Islam, tetapi dia tinggal kat pedalaman Hulu Baleh,Sarawak.
Dia tinggal ngn mak die., dan pengetahuannya mengenai Islam sgt tipis.
Yang hanya dia tau mengenai Islam adelah solat, puasa, raya..tu je lah rasenya.
Bnde2 lain mcm solat sunat, berkhatan lgsung xtau..
Dan satu bnde lagi menyebabkan die nk mencapai misinya.,
is...die percaya bahawa "antara doa2 makbul ialah doa ibu bapa.."
dan disebabkan ibunya dah meninggal dunia.., dia rse mcm b'putus harap sbb die sgke,
yang menyebabkan die selalu berjaya dlm peperiksaan, adalah doa daripada ibunya sahaja..

So, dikatakan satu hari tu...die dan kwan die, Kassim..
terjumpa seorang lelaki pemotong rumput..,,
secara kebetulannya, lelaki tu ada menyebut pasal 40 doa..
die kate kalau ade 40orang mendoakan kita..doa itu akan jadi makbul..
so, masalahnya sekarang ni...Adly ni xpasti sama ade doa tu dari 40 orang berbeza, 
ataupun 40 doa yang berulang..


Nak dijadikan cerite,
satu hari tu, Adly ada tugasan berkumpulan bersama 3 lagi kawan barunya,
iaitu Amin, Zulaikha dan Sarah...(huhu..best plak ade name sndiri)
diorg ni kene kaji berkenaan pemasaran produk oleh Mobenas..(aku rse penulis nk ubah nama drpda Modenas kepada Mobenas..)
bab yg akn korg bace pasni akan menunjukkan betapa GILA KUASA nye si Amin ni..hahaha..
aku sndiri pun berkerut bila baca..


BAB 1
"Saya rasa kita buat tugasan berkenaan bagaimana pemasaran produk oleh Mobenas. Mengapa Mobenas hanya giat mengeluarkan motosikal berkuasa kurang 150cc. Apa strategi pemasaran mereka? Inilah yang menarik hendak dikaji." cadang Amin. Wajahnya serius memandang ahli-ahli kumpulannya.

" Saya rasa elok kita kaji Broton. Sebab skop Broton lebih meluas. Ia sudah dieksport ke Eropah," cadang Adly sambil menolak rambutnya ke belakang.

"Mobenas pun dieksport ke Eropah. Ia dieksport ke Greece. Lagipun Mobenas lebih dekat pada hati rakyat berpendapatan rendah. Tentu kajian kes kita ni menjadi bertambah unik," tegas Amin lagi. Matanya tepat memandang Adly.

"Betul, tapi Broton lebih relevan..."

Amin pantas memotong kata-kata Adly dan berkata, " Tidak boleh. Saya tetap mahu Mobenas. Lagipun saya guna motosikal Mobenas, jadi saya lebih senang mengkaji berkenaan Mobenas."

Ape lagi..dorg sume terpaksela bersetuju.......aphal tah mamat ni agaknye..haha..

"Bagus. Sebagai satu kumpulan, kita perlu ada ketua dan saya fikir orang yang paling layak adalah diri saya sendiri. Amin bin Damit kerana saya adalah perwakilan pelajar dan saya juga pernah mendaki Gunung Kinabalu," kata Amin tegas.

Dlm hati aku,.."ape kene mengenenya!!?.."hahaha,,..

Ahli kumpulan lain hanya mengerutkan dahi. Apa kaitan mendaki Gunung Kinabalu dengan menjdai ketua kumpulan?

"Okey, kita sudah melantik ketua, jadi sekarang kita perlu menamakan kumpulan kita. Saya cadangkan kumpulan kita dinamakan Amin bin Damit sempena nama ketua kumpulan. Okey. Cadangan ditutup.," sambung Amin lagi.

     **************************************

Aduii, aku pun berkerut gak dahi..
hahaa..,bermula dari situlah..
Kumpulan Amin bin Damit ni sama2 pergi wat temu ramah, jumpe org2 ramai..
Yang aku selalu tergelaknya, Adly ni selalu sgt tanye soklan yg merepek-repek nile diorg nk start temu ramah...contohnya..bila diorg temu ramah cik Diana ni dengan Danish Arman..

BAB 2 
 " Jadi, apa yang saya boleh bantu kamu semua?" tanya Cik Diana.

" Berapa gaji Cik Diana?" Adly yang terlebih dahulu bertanya.

Sarah dan Amin berdehem. Zulaikha pula hanya terseyum. Dahi Diana semakin berkerut. Anehnya soalan. Langsung tidak ada kena-mengena dengan tugasan.

BAB 3
"Jadi tanyalah. Tadi beria-ia hendak temu ramah saya," bentak Darnish Arman. Nada suara Danish Arman cukup membuatkan hati mereka berempat mengecut. Lebih-lebih lagi kedua-dua ahli perempuan itu.

" Berapa kali sebenarnya Encik Darnish Arman makan nasi dalam sehari?" Adly tiba-tiba mengemukakan soalan yang menyimpang. Sarah, Amin dan Zulaikha sudah membuntangkan mata kepada Adly. Mereka bersiap sedia. Mungkin Darnish Arman akan membentak lagi hebat selepas ini.    
  
Haha,
ade banyak lagi bnda yang lebih kelakar...
Tapi, lebih baik korg baca novel ni sendiri utk lebih penghayatan..tol x?
Yang aku kagumnya pasal Adly ni,
dia tak pernah putus asa nk laksanakan Misi Mencari 40 Doa ni..
Banyak perkara die buat, first sekali die buat list..
Setelah die banyak menanyakan hal doa kat org2 yg die kenal..
Die juga secara tak langsung mengetahui adab2 berdoa..

" Doa-doa itu perlu diulang selalu. Lebih banyak lebih bagus. Aku juga diberitahu yang selain daripada doa ibu, ada lagi doa-doa orang lain yang sangat makbul." Petikan daripada kata-kata Adly.

Misi mencari 40 doa
Doa-doa orang yang makbul
1. Doa Muslim pada saudaranya dari tempat yang jauh
2. Orang yang banyak berdoa pada saat lapang dan bahagia
3. Orang yang teraniaya
4. Orang tua pada anaknya
5. Musafir
6. Orang yang sedang berpuasa
7. Orang yang dalam keadaan terpaksa
8. Doa imam yang adil

Dan, bermula dari situlah..pencarian Adly terhadap kelapan-lapan golongan tu bermula..
Macam2lah yang dibuatnye..
-Adly  ada berjumpa saudara seislam dari Filipina iaitu Roberto Mancini Abdullah..
yang juga merupakan seorang tabligh yang bermusafir untuk meminta doa daripadanya..
- Doa pendatang daripada Indonesia yang ditipu majikannya yang digolongkan dalam golongan terpaksa
-Doa makcik Rahmani yang selalu berasa bahagia dan lapang dengan hidupnya,,..

Dan macam2 lagilahh..
Sehinggalah kumpulan Amin bin Damit disalahertikan sebagai kumpulan penjenayah oleh geng GNI(Geng Nama Indah)..
Part yang ni pun agak kelakar..
Kerana penulis ade memperkenalkan geng kongsi gelap GNI..
yg ahli2nya semuanya gune nama Indah2...
Contohnya,.. Darnish Arman..Steve Edika, Ed Razi,Syed Nazlan bin Nazrin...mcm2 lagi laah..
Kadang2 tu la yg slalu wt aku tergelak besar...
Ade adegan dimane Adly ngn Kassim nak disunatkan..
Mcm mane gelagat mereka yg sudah berusia 20-an nak berkhatan..
adui, xmampu rsenye aku nk bercrite lagi..
Aku rse korg pegi ah bace novel ni...
Eh, bende penting lak yg aku lupe..
Nama penulis DOA UNTUK AKU ni..ialah..
Bahruddin Bekri....ok??haha

Apepun...
Aku seronok ah baca novel ni..
Sebab Adly ni mmg diceritakan sbgai seorg yg xputus asa..
Doanya sgt ikhlas dan tulus..
Usahanya xpernah berhenti..
Dari Hulu Sg Baleh hingga ke Kuching..
pencariannya tetap diteruskan..
di saat die hampir2 dengan kematian,
dia masih mampu berdoa..luar biasa sungguh..
hingga akhirnya, dia dapat bertemu dengan ayahnya yang selama 20 tahun diculik..
hadoi., gembira rsenye dapat berkongsi..terima kasih..;)

p/s:Maaflah jika kata2 sy kurg menyenangkan.. 
 

1 comment:

  1. cam bez jer....ni eh bukunyer...?
    hoho btol...kulit tak menarik...tp lawak....~hehe
    dont judge da book by its cover...
    heh
    nk borrow la

    ReplyDelete