Wednesday, March 10, 2010

di sebalik . .

Salam.

Oh, harini ceritanya pendek saja.
Hari tu, aku bercerita mengenai 2 perkara bukan?

Harini, aku mahu bercerita mengenai salah satu daripadanya.
Seperti yang aku kata tadi, ceritanya pendek dan juga ringkas.

Hari ini = 10 Mac 2010 = Test JPJ

Alangkah sedihnya hati apabila aku terbuat 4 gerakan masa '3 pointer'.

Tapi..

Ada juga gembira.

Bukit, parking dan jalan raya aku 'pass' la pulak..

Kesimpulannya, aku gagal lah ye.

Haha. Haha. Haha.

Itu saja aku mampu buat ketika itu bersama rakan2 lain yang juga senasib denganku.

Mungkin, kegagalan ini..

Membuatkan aku lebih bersedia pada esok hari.

Tiba2 aku tersedar, esok adalah hari yang teramat penting.

Dimana sebelum ini aku hanya sambil lewa mengenangkan hari esok.

Hati terasa seperti tidak kisah akan apa yang akan terjadi.

Tapi, kegagalan tadi buat aku terbangun dari tidur..

Akan perkara yang tidak boleh di sambil lewakan.

Alhamdulillah kerana kegagalanku hari ini..

Walaupun hakikatnya aku masih berasa sedih..
Yela...aku hanya manusia biasa..

Harap2nya, esok akan membuatkan aku ceria.

Tapi, xboleh jugak terlalu mengharap kan?

Terima apa saja dengan redha........






"Aku minta kpd TUHAN..Setangkai bunga segar..Ia beri kaktus berduri...Aku minta kupu-kupu..Diberi ulat berbulu...Aku sedih dan kecewa..Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali...Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik... Itulah jalan ILAHI..Indah pada masanya..ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan..T...a...pi IA memberi apa yang kita perlukan..Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka..Tapi jauh di atas segalanya..Ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..."



 terima kasih ...
 

No comments:

Post a Comment