Tuesday, March 23, 2010

Aku = Medic = ?



All these answers start with this question...


"hello semua:)

aku ni berminat sangat nak menjadi doktor:P


aku nak tanye kat korang yang sekarang ni dah pon menjadi seorang doktor atau yang masih lagi belajar utk menjadi seorang doktor, boleh x korang bagitau kat aku proses dan peringkat bagaimana nak jadi seorang doktor.


pilihan kedua aku kalau x dapat jadi doktor, jadi ahli farmasi pon ok la:)
"

Answer 1
nape nak jadi doktor?

study siang malam, sampai pagi
perah kepala otak, korbankan sosial life,
score exam gila2..

practical bagai nak rak..
kerenah patient ngan makbapak and sedara mara dorang

ujung2..?

ko kene serve gomen 3 taun
gaji ko ciput nak mampuih..
on-call.. keje 24jam tambah 9jam keesokan harinya

yang lagi bengang?

member sekolah menengah ko dulu,
main2 je time sekolah...
masuk U pun, amik course ntah hape2..
grad pun, cukup2 makan jer..

abis tu, dia apply jadi PTD (pegawai tadbir dandiplomatik)
masuk kementerian kesihatan...
JADI ATASAN KAU..
gaji dua kali ganda dari kau
dia tentukan bidang tugas kau
dia tentukan elaun, bonus kau


that's life........... :L



Answer 2
Kena IKHLAS dan MINAT.
Kalau bodoh boleh belajar
Kalau malas boleh jadi rajin dgn minat dan keikhlasan.

Pendapat dua posen aku la kan, nak jadik Doc ni tak payah genius pun.
Kalau genius, baik jadi saintis.

Kerna IKHLAS dan MINAT aku jadik Doc.
Cuma zaman aku di sekolah dulu BUTA financial planning.
Rupa rupanya DUIT mengatasi MINAT bekerja sebagai Doc(ditambah dgn suasana kerja yg kurang memberangsangkan, gaji yg tidak setimpal, karenah birokrasi, bla bla bla--kalau cerita 7 tahun baru habis)

Jadi bisness adalah MINAT ku sekarang.
IKHLAS tu tetap ada.:lol:

Ni aku lah kan.
Sebab aku suka DUIT, walaupun mmg IKHLAS dan SUKA nak menolong pakcik makcik tua kat sepital tu, namun DUIT mengatasi segalanya(again, didorong lagi dgn ke -hampas-an suasana kerja seperti yg ditulis diatas)

Jadi aku boleh jadik JUTAWAN yg tau pasal medical, dan tidak ditipu/ditidak kan hak apabila aku, isteri, anak anak, kaum kerabat sakit dan masuk sepital.
Namun, kalau kamu tak kisah pakai kereta Proton..
Tak kisah takbuat swimming pool dekat rumah..
Tak kisah tak melancong satu dunia dgn kerapnya..
Tak kisah tak raya dgn keluarga...
Jadilah Doktor, forever and ever....
(bleh merasa benda benda tu, tapi dah terlewat lah, dah tua masa tu(kalau dpt merasa) :lol: :lol: )

Pendapat ikhlas dari aku.
Yg masih jumpa patient, kadang kadang.....


Answer 3

 kalau u minat, then u pikirla dalam2.. kalau tetap nak, then bulatkan hati dan teruskan..

u pernah buat pre-med sampai 4th year, so i rasa u takkan banyak masalah buat pre-med kat sini la kot..

tapi housemanship kat sini memang tough... especially kalau u dapat hospital2 yang besar, like Klang or KL GH.

Yang i tau, kalau kat klang.. housemanship punya on-call 2-3 times a week. Kalau department yang betul2 sibuk eg. Orthopaedic, Surgery, atau emergency, then biasanya on-call every other day... atau back to back..

On call bermakna u masuk kerja 8am today and habis keje 5pm tomorrow...


Answer 4
 
semoga cita2 adik utk bergelar doktor tercapai..dgn harapan adik yang benar2 ikhlas utk membantu masyarakat dipermudahkan Allah.. Sebab bukan senang karier sbg doktor. saya hanya dentist gomen..ada on call walaupun dua bulan sekali..itupun dah cukup penat dan stress..of course medical doctor yg kerjanya lagi teruk..mempunyai tahap stress yg lebih tinggi. tapi, semua berbalik pd diri kita. kalau kita rasa kerja kita itu beban..tentulah terbeban rasanya. Kalau sebaliknya...kita boleh harunginya jua....(senang utk berkata2..hehe ;P  )




Answer 5
 
Hai!

Kalau dah ada cita2 nk jadi doktor... kalau nak sangat, turut je la.
Apa org lain kata tak penting... tapi apa yg awak bagitau 'diri sendiri' lagi penting.
Takde kerjaya 'sempurna' dlm dunia ni.
Lagipun manusia, mana pernah puas... dah tabi'i
Kalau awak belum abis sekolah lagi, dapatkan result 'terbaik' ikut yg mampu (jgn melampau
nak 20 A1 pulak)
Cari jalan masuk matrikulasi terutama U yg ada sekolah perubatan (UKM, UM, UPM, USM, UIA, dll )
Cemerlang matrik (dlm 10-15% je kuotanya), sambung terus degree perubatan.
Dapat degree, mgkn selepas 5 tahun (lebih setahun dr degree lain), kerja dgn 'badan' yg tanggung
anda belajar (k'jaan la tu)...
Saya yakin, sepanjang perjalanan anda utk dapat degree nanti, byk yg anda akan belajar dan dari
situ buatlah keputusan bijak utk masa depan anda.
'Baik jadi teladan, buruk buat sempadan'.:)


Aku:

Eheh, aku bukan nak jawab soalan kat ats tuh..
Tapi, aku hanya nk bermonolog sendiri saje..
Err. lagi satu, untuk jwapan2 kt ats ni, aku tak berniat nak menjatuhkan semangat sesiapa2 yang nk jadi doktor.. Cuma sekadar perkongsian, supaya kita lebih bersedia.
Apa2pun, bukan 100 peratus benar. kan?

Hahaha..entah macam mana tah aku boleh sampai kat forum ni..
Mungkin disebabkan aku ni bakal melangkah ke alam perubatan kot.
Yang sememangnya xpernah aku terpikir langsung.


???

Camne aku nak jadi doktor kalau aku xminat?
HAHA.
Mesti pelik kan kenapa aku amik course ni sdgkan aku xminat.
Opss . Bukanlah tak minat langsung .
Satu benda yang aku banggakan, AKU MINAT BIO (walaupun in hanya asas).
Hmm.. Pernah beberapa kali aku post berkaitan bidang yang aku minat.tau kan ?
Architecture ? Landscape architecture ?
Haha.. dah menyimpang jauh kan.. ?

Semuanya bermula selepas aku dapat result..
Dialog mak aku..

" Kau dapat result ok mcm ni xkan nak amik course yg org result biase2 boleh amik?"
"Ika xminat nk jadi doktor?"
"Amikla perubatan,tapi,xyahla pegi overseas..blaja dalam malaysia je."

Untuk kesemua dialog tu, aku punye reply sekadar diam saje. huhu. 

Pernah aku cakap/tanya,

" Amik perubatan ni susahla mak..."
"Dahla belaja 6 tahun, kwin mesti lambat.."
"Keje on call, busy .. nanti anak2 terbiar.."

Ya, ini realiti. Aku xreka.
Untuk dialog pertama tu, aku xigt mak aku cakap apa.
Tpi, yang kedua tu..secara spontannya mak aku ckp cmni..

" Sebab tula mak kate, ko carila sekarang.."   

????????Ape mak ni??? Mak aku wat lawak je tu kot. 
Tergelak besar aku.. (mak, couple itu haram la mak..)
Oh, rupanya mak aku ckp..kawan2 jela dulu.. HAHA.. (da??)

Untuk jawapan dialog ketiga tu pulak.,
mak aku adela cerita pasal sorg ajk PIBG sekolah mak aku,
beliau seorang doktor, doktor bedah xsilap aku.
Tapi, beliau selalu datang sekolah.
Kalau mak aku suh dtg utk mesyuarat ke..ada kene tolong apa2 ke,
beliau boleh je datang. Xnmpk busy pun.
Tula, mak aku cakap, xsmua doktor busy..
Aku: Errr...

Tapi.........
Aku xpastila...
Aku takut,
Aku seram..
Aku mudah geli..
Aku cepat gementar..
Aku cepat gelabah..
Aku..
Err..nape aku banyak cakap perkataan2 negatif ni? (jgn tiru ok)

Setelah aku baca forum ni, aku pahamla sket,
Macam mane itu jadi doktor.
Aku dah pun isi upu, first choice = perubatan.
Aku serba salah.,
Bila tengok mak ayah aku excited kalau aku jadi doktor..

" Ha, anak pakcik Farid pun ade jadi doktor, apa salahnya kalau anak abah pun ada yang jadi doktor"

Err..sape pakcik Farid tu? Gumam aku dalam hati. HAHA.
Hm..bagi aku..kadang2 tu,pilihan mak ayah adalah yang terbaik..
Kalau ibu bapa redha, Allah juga akan redha.
Sebab tu la aku angguk je bila mak aku tnya nk amik perubatan ke x.

Cuba ikhlaskan diri.
Cuba tambah minat.
Cari artikel2 mengenai doktor.
Selidik dalam2.
Bersedia apa2 keadaan pun.
Fizikal,mental,rohani,emosi.
Kena TABAH.
Buat yang terbaik atau kau akan ketinggalan.
BTW, NEVER EVER REGRET.
Ya, doakanlah aku..
Memandangkan kerja sebagai doktor ini memang mulia.
(err..ape2 keje pun mulia sebenarnya as long kita ikhlas melakukannya)
Doakanlah aku menjadikan doktor ini satu kerjaya yang mulia. ;)
InsyaAllah..
"La Takhaf wa la tahzan, Innallah ma'ana"


Ganbatte-ne!




"Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya."

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
untuk maklumat lebih lanjut sila ke..link ni
 

2 comments:

  1. ika,
    ganbatte~ eventhough i know ur dream ambition, but since u already decided, i will always support u!
    kte fhm ble parents dah ckp cmtu mmg ssh nk tolak ne~

    u are a strong girl, insyaAllah awk bole!

    xpe2, psl busy xd life tu, kte akn sntiasa cari awk utk hang out so dont worry!

    kte kn pengapit awk. hahaha

    hehe, ble fikir balik, nnti bole la kte ckp
    " owh2, my bsfren doctor u know" ceh. haahha

    nnti cari kn la i pkwe doktor~ yg hnsem2+baik ahahahha

    its ok ika , just do ur best~ =)

    i know u can.!

    p/s: did u knw i favourite ur blog kt sidebar. so ble on9 mmg visit ur blog. so ckpa ah byk2 psl i. XD

    p/s lg: ika eeee, lagu kt blog awk wt kte touching u knwhahahahha

    ReplyDelete
  2. hahahahaa, nadh, arigatou ne~!
    didn't expect dat u would leave a comment here..coz u seems not interested with blog things..haha..4got already, u already had ur own blog kan??hahaha... trimas2..;) (ur first comment la ni kan..?)

    eheh, lagu yg mane wt awk touching?
    atas nama cinta ni ke?

    ReplyDelete