" Allahuakbar! Allahuakbar!..", Kedengaran suara azan berkumandang dari surau.
" Jom gi surau?", kata salah seorang sahabatku sambil tersenyum. Aku dan sahabat-sahabatku yang lain mengangguk, lalu mengemaskan buku-buku di atas meja. Dibiarkan begitu sahaja pensel diselitkan di dalam buku kerana kami akan kembali mengulangkaji setelah selesai aktiviti di surau.
Memang inilah peluang..satu-satunya peluang untuk aku dapat solat berjemaah . Kalau lambat, terlepas... Kalau kat rumah , jarang sekali aku dapat berjemaah. Aku bersyukur kerana kini aku di sini dengan suasana yang begitu menggalakkan untuk aku berubah ke arah yang lebih baik.
Setelah selesai solat berjemaah, aku melihat pemandangan di sekitar dalam dan luar surau. Aku tersenyum. Pemandangan yang jarang-jarang sekali aku dapat lihat. Ada antara mereka yang sedang melakukan solat sunat, membaca Al-Quran, membaca ma'thurat dan ada juga yang berehat-rehat di tepi loker. Aku rasa tergalak untuk membaca Al-Quran. Aku ingat lagi kata-kata watak kartun, ANA dalam majalah Ana Muslim ketika aku masih kecil.
" Bacalah Al-Quran, walaupun satu muka surat setiap hari"
Setelah selesai aku membaca satu muka ayat-ayat Al-Quran, aku mengakhirinya dengan ucapan..
"Sadaqallahula'zim... "
Aku merasakan sesuatu. Sesuatu yang dipanggil ketenangan. Ketenangan yang amat jarang sekali dapat dirasa. Seperti semua masalahku hilang. Aku tiba-tiba kaku sambil termenung. Aku mengimbau kembali apa yang telah aku lakukan sepanjang aku hidupku hingga kini. Banyak sungguh yang aku kesali. Aku menyesal dengan dosa-dosa yang ku lakukan dahulu. Ya Allah, masih adakah harapan untukku memperbaiki kesilapanku itu? Adakah Kau akan ampunkanku unutk kesilapanku itu dan kesilapan-kesilapan akan datang? Ampunkan aku Ya Allah...
Aku amat bersyukur Ya Allah. Walaupun perpindahan ini belum dapat ku terima, tetapi, perasaan yang Kau zahirkan ini sangat bermakna bagiku sebagai satu sinar baru untukku untukku berubah. Air mataku mengalir tanpa ku sedar. Al-Quran yang ku pegang, ku kucup dan ku kembalikan kembali ke tempatnya. InsyaAllah, akan ku jadikan ini amalan seharianku di sini.
"Keterpaksaan itu akan menjadi suatu kebiasaan, kalau kita paksa diri kita untuk lakukan sesuatu, lama-lama kita akan biasa dan seronok. Percayalah."
Pesan salah seorang sahabatku sambil tersenyum. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat sepertinya, yang sering membimbingku ketika ku terjatuh, terleka atau terlalai. Sahabatku yang lain juga begitu. Sering mengajakku ke arah kebaikan. Sifat mereka yang sungguh tenang dan tekun beribadah tanpa jemu membuatku teruja kerana mereka adalah sahabat-sahabatku kini.
"Kita kan kawan baik.....," Aku tersentak bila salah seorang sahabatku mengucapkan kata-kata itu. Seseorang yang begitu baik dan boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri wanita solehah, sering melakukan ibadah-ibadah fardhu dan sunat, sering berpuasa, tidak pernah putus asa mengajak orang beribadah, dan berani, mengaku kami adalah kawan baik. Aku sebak. Aku tak sangka aku dapat bersahabat dengan orang sepertinya, dan tidak sangaka dia menganggap aku kawan baiknya. Aku memeluknya sambil menangis serta mengucapkan terima kasih.
Aku mengaku, aku pernah rasa malas untuk beribadah. Tak sempat. Banyak sangat 'homework' sampai aku rasa malas melakukan ibadah-ibadah sunat muakkad. Padahal itulah yang sepatutnya dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah untuk menghadapi peperiksaan besar. Tetapi, sahabat-sahabatku banyak membantu. Mereka mengajakku mengulangkaji pelajaran di surau, di mana tempat itu sangat tenang. Ya, aku memang merasakan yang demikian. Setiap hari kami mengulangkaji bersama. Aku gembira. Belajar di rumah Allah. Dari pagi hingga malam belajar di surau. Cuma malam sahaja aku jarang ikut serta. Takut tertidur kerana aku cepat mengantuk dalam suasana yang senyap. Solat dhuha. Aku berpeluang melakukan solat dhuha ketika di sana. ' bolehlah aku praktikkan di rumah'. Kata sahabatku, kalau solat dhuha selalu, rezeki senang datang , hati pun jadi tenang dan senang nak menghafal. Aku senyum, gembira mendengar kata-kata itu.
Hari terakhir aku di sekolah itu juga merupakan hari terakhir aku bersama sahabat-sahabatku. Pada mulanya, memanglah aku berasa gembira kerana dapat pulang ke rumah tanpa perlunya lagi 'buku PB' atau 'outing'. Tapi...aku tak sanggup tinggalkan semua kenangan di sini. Terutamanya sahabat-sahabatku. Perpisahan kali ini amat menyentap jiwaku. Aku terasa seperti aku akan meninggalkan sesuatu yang amat BESAR.
"Awakla ni, awak nangis, kite pon dah nangis.."aku tergelak sambil nangis teresak-esak apabila sahabatku berkata begitu.
" Takpe..kite still boleh contact..yang penting kita kene terus amalkan apa yang kita dah buat kat sini,ok.."katanya lagi. Aku akan berpisah dengan sahabat-sahabatku yang memang bermakna buatku. Mereka sering berada di sisiku ketika aku jatuh atau bangun di sana. Sering memberiku nasihat yang baik dengan berhikmah. Tak pernah jemu. Senyuman yang mendamaikan jiwa akan ku ingat sampai bila-bila. Cahaya yang terpancar dari wajah-wajah mereka menjadi idamanku. Aku ingin menjadi seperti mereka. Mereka yang hadir dengan jiwa yang damai.
Kosong...
Ah, tak! Tak boleh. Aku tak boleh kalah. Tak boleh biarkan kekosongan itu terbiar begitu sahaja. Aku tak boleh biarkan diriku lalai begini. Aku mesti mencarinya semula supaya tiada lagi kekosongan itu. Aku harus tekad dan tetap pendirian serta istiqamah. Aku takkan biarkan usahaku dahulu sia-sia begitu sahaja. Aku mesti berhijrah untuk menjadi hamba yang diredhai Allah..sahabat-sahabatku pasti sedih jika aku leka dan jatuh tanpa bangun kembali..Ya Allah..bantulah aku..
Ikhlas dari hati..
JUMAAT
21:37


salam ika,huh very tacing n3 laaa~
ReplyDeletethnx syue!
ReplyDelete