Bismillahirrahmanirrahim..
(sambil menyapu-nyabu habuk di sekeliling blog ini)
Ada satu kisah yang sudah berhari-berhari membuatkan hati tersentuh.
Pada suatu hari, seorang guru seni menyuruh anak-anak muridnya melukis pemandangan yang indah yang boleh mereka bayangkan. Maka, melukislah mereka dengan menggunakan warna pensel atau krayon yang mereka ada.

lukisan kite kecik2 dulu cmni la kan?
Sudah tentu kalau kita sendiri, akan melukis gambar gunung, laut, awan, burung terbang, matahari dan lain-lain. Tetapi, pada ketika itu, ada seorang pelajar lelaki yang agak lain daripada kawan-kawannya. Dia penuhkan kertas lukisan tu dengan krayon warna hitam, keseluruhannya. Hanya hitam. Sepenuhnya.
Cikgunya pelik, tapi tak sempat untuk bertanya apa-apa kerana sudah tiba waktu untuk pulang.
” Baiklah anak-anak, siapkan lukisan kamu di rumah. minggu depan hantar ya..”
Pelajar lelaki yang agak aneh tersebut pun meneruskan keanehannya di rumah. berhelai-helai, berlembar-lembar kertas lukisan yang digunakan hanya utk memenuhkan ruangan dengan warna krayon hitam!
Bukan sahaja di rumah, di sekolah juga dia tetap meneruskan utk memenuhi ruangan putih dengan krayon hitam. Aneh kan?
Ah, sudah. Mak ayahnya dah pelik.
” Kenapalah dengan anak aku ni?” Maknya mengomel.
Apa lagi, mak ayah dan cikgu-cikgu bersepakat untuk menghantar anak ini ke pakar psikiatri! Anak ini malah dirawat oleh pakar-pakar kenamaan. Namun, tidak berjaya juga mendapatkan konklusi mahupun diagnosis. Anak tersebut terlalu khusyuk menyiapkan karyanya seolah-olah akan menghasilkan sesuatu yang agung!
Sampailah satu masa, si anak ini tersenyum sambil berkata,
” Aaah..”
Dia telah menyelesaikan sejumlah 400 gambar di atas kertas lukisan bersaiz A3. Dan, ada beberapa yang tak hitam secara keseluruhannya. Anak tersebut mula memberi arahan kepada para psikiatri untuk menata ke-400 kertas itu di lantai. Ternyata, ini adalah puzzle! Dan hasilnya, MASHALLAH, menakjubkan! Gambar seekor paus bongkok tepat sesuai ukuran haiwan yang asal !!!!!
Si anak tersenyum bangga melihat hasil karyanya. Para psikiatri takjub geleng-geleng kepala. Betapa si anak ini ingin agar gambar paus bongkoknya sesuai ukuran ‘aslinya’. Ia berfikiran besar. Pada awalnya ia tidak difahami, malah disalah erti. Tapi akhirnya semua orang takjub padanya.
Kata Salim A. Fillah,
“Hmmm.. mungkin beginilah risiko berfikiran besar. Disalah fahami , tetapi kemudian dikagumi.”
Berfikiran besar, sudah tentu mempunyai cita-cita yang besar.
Cita-cita yang besar, sudah tentu dimulai dengan sesuatu yang manusia nampak remeh walhal penting!
Memang pada saat itu, terfikir akan jalan usrah sebagai pembentukan individu muslim. It seems like.. a looongg way to go to Ustiazatul Alam. But, it is the most important phase!
Jalan pembentukan individu muslim kalau skip ibarat buat kek pisang tanpa lenyekkan pisang dengan sgt lumat terlbih dahulu. Dan jadilah kek pisang yang beralun-alun dek permukaan yang tidak rata.
Sampai ke tangga yang ke berapa pun, pembentukan itu tetap akan berjalan, sebab manusia sangat memerlukan pada suasana tanassuh(saling menasihati) yang berterusan agar sentiasa mendekatkan diri pada Allah dalam keadaan apa sekalipun. Usrah, satu unit di mana jika dijalani dengan sebenar-benarnya, dengan hati terbuka utk menerima segala curahan tarbiyyah, maka menjadilah seorang Muslim itu yang luar biasa inshaAllah.
Namun, ia kadangkala di salah ertikan sebagai jalan yang sangat panjang dan tidak berkesan. Hatta orang yang sedang melaluinya sendiri!
Bak kata semangat yang memercik-mercik oleh Abdullah Ibnu Rawahah ketika keraguan menyapa sebelum kesyahidannya di dalam perang Yarmouk,
” Kenapa kulihat engkau tak menyukai syurga.. Bukankah telah sekian lama kau tunggu ia dalam cita? Bukankah kau ini tak lebih dari setetes nuthfah yang ditumpah?”
Syurga, membuat kita berjiwa besar.
Bercita-cita kan sesuatu yang mungkin tak terbayang dalam fikiran kita.
Hatta, Ustiyazatul Alam sendiri belum pernah kita ada pengalaman menggapainya!
Ayuh, kita luruskan niat kita untuk apa kita lakukan semua ni yang sedang kita jalani ini?!
-16042015-
No comments:
Post a Comment