Friday, March 11, 2016

ASBAB hasilkan NATIJAH ?








Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan-Mu aku hidup, dengan-Mu aku mati..
hanyalah pada-Mu, hanyalah untuk-Mu, hidupkan dijalani.

Tipulah, tipu.
Tipulah kalau saya kata tiada satu apa perkara yang menarik hati saya untuk tak mahu keluar dari sini.
Tipulah kalau saya kata jalan ni tiada satu benda yang menyakitkan saya.
Tipulah kalau saya kata jalan ni ada orang yang akan sentiasa menaburi mawar-mawar, emas-emas, dan puji-pujian kerana berjaya melalui jalan ni.
Tipulah kalau saya kata jalan ini jalan yang saya tak selesa dan dipaksa duduk dalam jalan ni!
Bait-bait MZ (Muqaddimah fi Zilalil Quran)
Saat-saat meng’offer’ diri untuk bentang MZQ ni tak terdetik pula hati akan begitu terasa macam ‘gini’.
Heh. Manusia, kalau tak mahu, memang sebab tak tahu, dan kalau mahu, belum tentu dia tahu.
Pengalaman merasa lebih basah dengan apa yang keluar dari mulut sendiri berbanding akak naqibah ‘serious’ buat saya ‘tambah berat’ otak, jasad dan hati. Maka terkeluarlah dari mulut, ” saya nak bg MZ minggu depan  boleh? ”
Ini soal, ‘kau cakap, kau kena buat. Apa guna duduk, dengar, dan hilang?’ *tumbuk meja.
[Mula daripada muka surat 5, Mukaddimah fi Zilalil Quran oleh Syed Qutb]
Di alam wujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak.
“why?”

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ

” Sungguh, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran ( yang rapi) ” [Al- Qamar : 49]

 وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا

” .. dan Dia menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. “
[Al-Furqan:2]
Setiap perkara ada hikmahnya, tetapi hikmah itu adalah suatu hikmah yang ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan manusia yang singkat.

فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

” ..kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.” [An-Nisa’:19]

 وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ

” Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu” [al-Baqarah : 216]
Semua sebab-sebab yang ada, kadang-kadang melahirkan kesan, dan kadang-kadang tak melahirkan kesan pun. Sama juga seperti, muqaddimah yang ramai orang anggap pasti melahirkan sesuatu natijah itu, kadang-kadang tak melahirkan natijah yang dianggap tu pun. (faham ke?)
Ok, contoh:
Pelajar A –  stay up setiap malam, ulangkaji lepas lecture, proaktif dalam kelas, jaga qiam, jaga HDA—–> Result exam: CGPA 4.00
Pelajar B –  stay up setiap malam, ulangkaji lepas lecture, proaktif dalam kelas, jaga qiam, jaga HDA—–> Result exam: CGPA 2.50
Nak tahu kenapa hasilnya tak sama?
Sebabnya, segala ASBAB-ASBAB tersebut TIADA KUASA pun nak melahirkan KESAN/NATIJAH tu, tapi, ALLAH lah yang berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri.

 لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّـهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا

” engkau tidak tahu boleh jadi Allah akan mengadakan selepas perceraian itu sesuatu perkara yang lain’ [At-Talaq:1]

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ

” dan tidaklah kamu mahu/menghendaki kecuali bila dikehendaki Allah” [Al-Insan:30]
Orang-orang yang beriman guna ASBAB-ASBAB tersebut kerana ia diperintahkan untuk berbuat begitu, tapi Allah lah yang menentukan kesannya.
Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya dan juga kepada kepada hikmah kebijaksanaan Allah dan Ilmu-Nya, itulah satu-satunya tempat perlindungan yang AMAN dan TEMPAT YANG SELAMAT dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan.

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّـهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” [Al-Baqarah:268]
” Oleh sebab itulah, aku hidup di bawah bayangan Al-Quran dengan hati yang tenang dan tenteram dan di sana aku melihat tangan kekuasaan Allah mengendalikan segala peristiwa dan segala perkara. Di sana aku hidup dibawah naungan dan pemeliharaan Allah, dan aku benar-benar merasa kesan-kesan sifat-Nya yang positif dan aktif” [Syed Qutb]

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَـٰهٌ مَّعَ اللَّـهِ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).” [ An-Naml:62 ]
“Sebenarnya alam al-wujud ini tidaklah sekali-kali diserahkan kepada undang-undang automatik yang MEMBUTA-TULI, malah di sebalik undang-undang itu selalunya wujud iradat yang merancang dan masyi’ah yang bebas. Allah mencipta dan memilih apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Di samping itu aku juga belajar bahawa tangan qudrat Allah sentiasa bekerja, tetapi Ia bekerja mengikut caranNya yang tersendiri. kita tidak boleh menggesa supaya Ia bertindak segera dan tidak boleh membuat apa-apa cadangan kepada allah. sistem hidup yang diatur oleh Allah sebagaimana yang dilihat di bawah bayangan Al-Quran adalah digubal supaya ia dapat bertindak dalam setiap masyarakat dan dalam setiap perkembangan hidup manusia, juga dalam setiap keadaan jiwa umat manusia yang sama.”
” Sistem ini digubal untuk manusia yang hidup di bumi ini dengan mengambil kira fitrah manusia, tenaga2, nakat2 semulajadinya, kekuatan dan kelemahannya, juga mengambil kira keadaan-keadaannya yang berubah yang dialaminya. sistem itu tidak sekali-kali menaruh sangkaan buruk terhadap makhluk insan ini lau memperkecil-kecilkan peranannya / mensia2kan nilainya dalam apa sahaja bentuk hidupnya sama ada dengan sifatnya sebagai individu / sebagai anggota di dalam kelompok..”
Jadi,
Asbab-asbab yang mana satu kita betul2 letak tujuannya adalah Allah?
Yakin tak kita segala asbab yang kita buat tu sungguh-sungguh kerana Allah?
Jangan dok tunggu-tunggu sangatlah kemenangan yang akan datang tu kalau apa yang kita buat sekarang ni tak sungguh-sungguh pun seolah-olah kemenangan tu takkan datang.
haih,manusia. (tunjuk diri sendiri)
*end*
HDA = Hubungan Dengan Allah

No comments:

Post a Comment