![]() |
| Abaikan kepala kakak egyptian ni. Tak sempat crop td. |
Bangunan usang itu Indah bagi sesiapa yang memandangnya dengan teliti, Bukan kerana strukturnya atau morfologinya, Tetapi nilai yang dilihat dengan lebih mendalam. Mungkin sesetengah orang menganggap ia telah menghampiri usang, Atau mungkin sahaja memang usang, Atau melepasi tempoh usang. Usang itu sendiri bermacam gaya dan gambaran yg diberikan oleh manusia yang heterogen. Usangnya ia sudah tentu kerana telah lamanya ia teguh berdiri, Dan walaupun dikatakan usang, Ia masih tetap berdiri Walau sehingga waktu senja yang kian semakin menenggelamkannya. Tetapi saat ia melalui detik-detik senja, Detik-detik gelap mengerumuni, Detik-detik sejuk menggigit ceracaknya, Rupanya itu tanda fajar akan tiba sebentar lagi
Pancaran cahaya sang mentari semakin merangkak di dindingnya
Makin terserlah kerekahan dan warna cat yang makin pudar
Namun itu bukan bermakna ia akan runtuh beberapa masa lagi
Tapi itu tanda dia masih punya masa lagi utk kukuh berkhidmat
Bagi makhluk yang berada di bawahnya
Ya, ada makhluk yang masih mahu berlindung di bawahnya.
" Maka apakah orang yang dibukakan cahaya hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam itu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Az-Zumar:22)
Tanda ia usang,
Usang itu kering,
Usang itu haus,
Usang itu kuno,
Usang itu tidak lazim,
Maka,
usang itu bukan hanya pada bangunan,
kerana bangunan jika usang masih ada manfaatnya,
tetapi jika ia berlaku pada hati,
apa manfaatnya pada manusia kecuali makin akan mematikannya?
Apatah lagi hidup dalam keadaan semborono tanpa mengingatiNya!
Hidup memang hidup,
tapi hidup yang mana satu yg kau mahu?
HIDUP atau 'HIDUP'?
"Perumpamaan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingati Allah adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. orang yang berzikir adalah orang yang HIDUP dan orang yang tidak berzikir adalah orang yang MATI." (Bukhari dan Muslim)
Ah, sadisnya,
Hidup tapi dalam keadaan 'mengingati' MATI yang begini!
20march2016
zusai

No comments:
Post a Comment