Terkadang futur menyapa
kekecewaan menerpa bila kehadirannya tidak disedari
apatah lagi bila futur itu buatku alpa
bila tersedar,
saat itu aku sudah jauh
sehingga MASA meninggalkanku berbatu-batu
MEREKA pula makin jauh, makin laju mengejar dan memecut
sedang aku masih lagi terjelepuk
di jalan yang ku pasti hakikat pengakhirannya
AKU TAK SEKUAT MEREKA
AKU TAK MAMPU!
aku menangis dalam kelam
remuk hati bila terkenang kelemahan
untuk sesuatu yang aku tahu perlu
menerpa satu pertanyaan di benak
"Betul kau xmampu?"
Hirau manusia
Hirau kebendaan
Hirau keselesaan
semua itu DUNIA!
apa kau tiada TUHAN?
yang perlu engkau HIRAUKAN?
siapa kau mahu kata TIDAK jika DIA kata YA?
*video yang entahberapakali lihat pasti lacrimal sac paksa tears kluar
BERAT itu perlu
"kerna jalan ini bukan untuk yang MANJA!"
yakin,
DIA yang pilihkan
DIA yang akan bantu
DIA yang akan selalu bersama
kerana DIA bukan makhluk ciptaan
tapi DIA pencipta!
memang benar,
memang bukan mudah..
kalau mudah,
murahnya harga sebuah SYURGA itu..
murahnya harga sebuah REDHA itu..
ingat,
laku seorang Hamba bukan untuk Hamba,
tapi,
Hamba untuk Penciptanya!
HANYA UNTUK DIA !
No comments:
Post a Comment