Sunday, April 24, 2011

Gastroenteritis kah ? (2)


“Zulaikha, awak nak pergi hospital tak? Kalau nak, boleh je kitorang temankan,” 

Kata salah seorang kakak senior yang melawat saya di asrama, Kak Nasuha.
Memang kalau diikutkan, memang malas nak bersiap untuk ke hospital. Tapi, memandangkan keinginan untuk tahu penyakit apa yang saya alami sebenarnya makin membuak-buak dan ada orang yang sudi teman,  saya gagahkan jua diri ini untuk bangkit sambil menahan sahaja kesakitan di perut.

“Jomlah kak…saya pun dh tak tahan dah ni..tapi, xpe ke..?susahkan akak2 lak nak kene temankan..dah malam ni…” 

“La..xpe je…lagipun Kak Fatin dah pernah pegi situ..insyaAllah xde ape..jom2..”.. 

Alhamdulillah..ada juga orang yang melawat. Macam kronik sangat pulak eh. Tapi,kronik tak kronik pun, sakit memang menusuk. Bila tahu orang ambil berat pasal diri ni, rasa ringan sikit beban, apatah lagi ada sahabat-sahabat searas dan bukan searas datang buatkan air, belikan makanan(batotis) sampai  dua, belikan buah pisang dan sangat-sangat memahami. Ada yang pandang dan senyum, dengan niat tidak ingin mengganggu. 

Perjalanan ke Hospital Salamah bermula. Suasana teramatlah sejuk sehinggakan saya hanya berdiam diri sepanjang perjalanan menaiki teksi ke sana, apatah lagi kesejukan tersebut membuatkan perut bertambah sakit. Kak Nasuha dan Kak Fatin sentiasa bertanya, ‘’ika okay x?’’..saya hanya mengangguk tanda ‘okay’.


Alhamdulillah, selang beberapa minit kemudian, sampailah kami di Hospital Salamah. Segala-galanya kakak-kakak tu yang tolong buatkan. Daftar, ambilkan nombor giliran, belikan ubat kat farmasi…  saya hanya disuruh duduk berehat.

‘aih, aku ni menyusahkan orang jela..’

“ Kak, mintak maaf tau, susahkan je anta saya malam-malam camni…terima kasih sgt2..”,

 “ InsyaAllah takde pape yang nak disusahkan. Nanti bila ada orang sakit pulak, ika tunjuk la hospital ni. Dulu masa akak sakit pun, ada senior yang bawakkan. Jangan risaulah..ika rehat je ok..” 


Kakak-kakak tu tersenyum. Sambil duduk-duduk, sempat juga berborak berkaitan pelajaran..berkaitan hidup..berkaitan…kesedihan.. Hmm, yalah kan. Bila ditimpa sakit ni, macam-macam perkara datang dalam kepala. Tak ‘study’ lagi. Semalam tak pergi kuliah, tak tengok lagi pun tajuk apa yang belajar semalam. Diri ini, bukanlah orang yang cepat faham. Apatah lagi tak datang ‘lecture’.  Nak makan pun, selalu muntah ‘even’ selera ada.

"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."

Baqarah : 216


‘ZUQ. ZUQ. ZUQ. ‘
‘Rasakanlah!, Rasakanlah! Rasakanlah!’
Pap,pap,pap!

Terasa tepat kena pada diri. 

 -----------------------------------------------------------


“ You are having gastroenteritis. So, you should avoid spicy food, and eat more boiled vegetables..take meat..chicken..you will feel better tomorrow insyaAllah. Before go to bed, eat these drugs according to what I’ve wrote here. Ok, see u this Sunday for follow up.”

Lebih kurang macam tulah secara ringkasnya doktor cakap. Betul la diagnosis Kak Nawwar pasal gastroenteritis ni. Wa…bestnya kan bila kita dah sampai tahap boleh diagnosis penyakit orang...

'Ya Allah, memang selalu aku rasa takut. Takut jadi macam tu, macam ini. Tapi, sebenarnya..apa-apa yang telah Kau tetapkan, insyaAllah itu yang terbaik buat aku..Wahai hati yang dipinjamkan untukku, tenanglah..tenanglah..'
 
 --------------------------------------------------------

70:19
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
70:20
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
70:21
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
70:22
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
70:23
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

Al-Ma'arij : 19-23 (kalau nak lg fhm, baca maksud ayat seterusnya ^_^)

---------------------------------------------------------------

Alhamdulillah..
Words from Him..
is the best medication ever..
Thanks Allah, u've made me feel pain,
for me to remember u more,
to think of You more,
to make me close to you...
Alhamdulillah, i had recover from this illness because of you..
You gave me strength for me to feel great to meet you..
Zutto..
Zutto..
Please make me love You more..


1 comment: