Monday, August 16, 2010

HUBUNGAN MAKSIAT DENGAN HATI


Salam kasih sayang kerana Allah.(ayat sweet aku dapat hari ni)

Alhamdulillah, harapanku harini agar dapat berkongsi ilmu yang telah aku dapati daripada "blog walking". Tertarik pula aku dengan hubungan Maksiat dengan Hati. Hmm.., memandangkan masyarakat harini mengalami barah penzinaan yg membawa kepada men'sampahkan manusia, aku tertarik untuk mencari punca2 yg membawa kpd perkara tersebut. Maksiat. Maksiat. Maksiat. Terlalu banyakkah maksiat yang dilakukan sehingga boleh menutup pintu hati kita yang membawa ketidakwarasan akal?  Ya. Jika tidak, mana mungkin munculnya sifat kebinatangan manusia yang kian menjadi-jadi, malah,  seorang yang manusia digelar gadis tanpa segan silu menyerahkan tubuh hanya kerana 5ringgit? Nauzubillah min zalik. Maafkanku jika tersalah.

Hatiku tersentuh apabila mendengar lagu "Wajah Suci" dendangan mestica tadi. Sedih, sangat sedih bila melihat bayi, yang belum sempat mengenal erti kehidupan, belum sempat juga memanggil "ibu", terbiar begitu sahaja di dalam tong sampah, dihurung semut,ulat, lalat. Kenapa? Kenapa sebegitu jijik perbuatan seorang manusia, yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah, yang tahu membezakan antara yang baik dan buruk,? Ini adalah kerana mereka tewas dengan nafsu mereka sendiri yang telah terdidik oleh SYAITAN durjana. MasyaAllah.

Sudah jauh kita berbicara, marilah kita sama2 renungkan kesan buruk maksiat dalam kehidupan dan merosakkan segala amalan..;
  1. Tidak beroleh ilmu bermanfaat.Ilmu adalah cahaya yang Allah SWT letakkan ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar ilmu.Imam Malik pernah menasihatkan Imam Syafie:”Saya mengetahui Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat.”
  2. Sukar beroleh rezeki yang berkat.Pada hakikatnya ketakwaan seorang hamba akan membawa kepada kemurahan rezekinya. Sedangkan meninggalkan takwa akan mendorong kepada kefakiran dan kemiskinan sebenar.
  3. Kerunsingan dan kesepian hati.Hati seorang yang melakukan maksiat tiada kedamaian . Dipenuhi kerunsingan dan keresahan. Walau tertompok harta kekayaan kepadanya, tetap juga dia gelisah dan tidak merasai kebahagiaan.
  4. Mendapat banyak kesulitan.Orang yang tidak bertakwa dan sentiasa melakukan maksiat akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan kebuntuan dalam urusan hidupnya.
  5. Kegelapan hati.Perbandingan ini menggambarkan hatinya tertutup dari beroleh dan menerima pertunjuk ke jalan kebenaran. Jika ditunjuki jalan kebenaran, hatinya menolak dan terus ingkar.
  6. Melemahkan hati dan badan.Kekuatan diri mukmin terletak pada hatinya yang sihat dan disinari cahaya kebenaran.Sedangkan hati yang bermaksiat, gelap, rosak dan lemah. Dari itu anggota badan orang yang bermaksiat juga terjejas kekuatannya. Telah terbukti sekian lama diri yang gagah tapi hati bermaksiat tidak dapat mengalahkan diri kerdil yang teguh dan taat hatinya.
  7. Kehilangan taat.Dosa dan maksiat yang dilakukan menghalang diri dari terus taat. Sekiranya sudah tiada ketaatan, terputuslah jalan-jalan kebaikan dalam diri seseorang.
  8. Memendekkan umur dan mengikis keberkatan.Umur seseorang dikurangi dan menjadi pendek jika keberkatan hidupnya berkurangan. Keberkatan umur itu pula terletak pada hati yang sihat dan baik. Bermakna hati yang hidup, memberi hayat pada jasad. Jika hati mati, hidup jasad juga tidak membawa erti yang baik.
Berlaku taatlah kepada Rabbmu, agar sentiasa disinari kebaikan seperti yang diucapkan oleh Abdullah bin Abbas:

“Sesungguhnya kebaikan itu memberi cahaya kepada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan. Serta kecintaan ramai orang terhadap dirinya. Ada pun maksiat dan perbuatan buruk memberi warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan,kekurangan rezeki dan rasa benci orang ramai kepadanya.”

Sehubungan dengan hal ini, renungilah cebisan  kisah berikut;
Seorang ulama sufi bernama Ibrahim Adham telah didatangi seorang lelaki yang terlalu lama melakukan berbagai-bagai maksiat yang berat. Lelaki itu mengadu kepada Ibrahim Adham,  

“Aku seorang pendosa yang sukar dan tak mungkin dapat keluar dari lembah maksiat. Ajarlah aku sesuatu yang boleh menyelamatkan dan memberhentikan aku dari lembah maksiat.” 

Ibrahim Adham menjawab:
“Kalau kamu boleh berpegang dengan lima perkara ini, nescaya kamu dijauhkan dari dosa dan maksiat”:
  1. Jika akan melakukan maksiat, cari jalan Allah tidak melihatmu.
  2. Jika akan membuat dosa, jangan sesekali makan rezeki Allah.
  3. Jika masih berbuat dosa, jangan tinggal di bumi Allah lagi.
  4. Jika malaikat maut datang mencabut nyawa sebelum taubat,
  5. Tolaklah dia dan jangan biarkan nyawa kamu dicabut.
  6. Jika tiba-tiba malaikat maut mencabut nyawamu ketika melakukan dosa dan kemudian malaikat Malik akan memasukkan kamu ke neraka, mintalah hidup lagi untuk bertaubat menampal dosa.
Orang itu berubah wajah menjadi pucat, terlalu takut dan menginsafi dosa-dosanya. Sejak hari itu, orang-orang yang mengenalinya, mendapati lelaki itu menjadi ahli ibadah yang terhindar dari perbuatan-perbuatan dosa.

InsyaAllah..sama-samalah kita menadah tangan kepada Allah agar kita dihindarkan daripada mendekati maksiat yang boleh membawa kerosakan, kehitaman, dan kelopongan pada HATI. Jom sama2 sucikan hati..! :)





No comments:

Post a Comment