Thursday, May 31, 2012

where is the proof that u love Him?

bismillahirrahmanirrahim.

Yakinkah kita,
beradanya kita di sini,
adalah suatu KEBETULAN?
atau adakah ianya suatu ketentuan
yang sudahpun DITAKDIRKAN?

mana mungkin semua ini tiba-tiba terjadi
pasti saja ada Yang sentiasa memerhatikan kita
dengan penuh perhati.

Perhati.
Apa sahaja yang kita lakukan di bumiNya
Dia Maha Tahu.

Hak Dia
untuk kita selalu agungkan
untuk  kita selalu sebut-sebutkan
untuk kita selalu ingat
untuk kita selalu taat

Betulkah kita memang sayangkan Dia?
masakan setiap hari kita sering sahaja melakukan perkara yang tidak dia suka.
Kita kata,

"ah, tak fesyenlah macam ni. Bosan."
" Panaslah kalau pakai labuh-labuh sangat"
"Mak ayah tak suruh pun"

Sama ada sedar ataupun tidak,
apa-apa sahaja yang kita lakukan,
jika benar untuk tarik perhatian Dia,
Dia suka,
Dia semakin sayang,
malah makin REDHA.

dan,

sama ada sedar ataupun tidak,
apa-apa sahaja yang kita lakukan,
untuk tarik perhatian yang bukan mahram,
atau apa-apa sahaja,
yang hakikatnya bukan kerana ALLAH,
membawa kepada murkanya Dia,
tidak berkatnya apa-apa sahaja yang kita lakukan
bukan sebab DIA.
*nauzubillahminzalik

Bukan mahu mencari salah orang,
bahkan Allah sudah pun kata...

" Mereka yang diazab neraka sentiasa mencari-cari orang lain untuk menggantikan dirinya, sesiapa sahaja di muka bumi, sehingga mereka terlepas dari azab Allah" (Al-Ma'arij:11-14)

Ingat,
kita masih banyak tanggungjawab Allah beri.
Takkanlah tanggungjawab yang satu ini,
iaitu untuk taat perintah Dia,
untuk sentiasa jadikan Dia 'our number One' tak boleh?
ALLAH,
Tuhan kita kot!
'Pleasing HIM should be our ONLY goal!"

Semua orang tak mahu menyalahkan antara satu sama lain di akhirat nanti bukan?

' Ya Allah, dia tahu aku tak pakai tudung dulu, tapi dia tak pernah nak tegur aku! Salah dia, Ya Allah!'

' Aku ada hak nak tuntut kat kau sebab kau tak cakap pun cara pakai tudung yang betul macam mana! Ya Allah, salah dia! '

Dan masalahnya sekarang,
jika ada orang yang sudah menegur kita,
dia sudah pun berlepas diri daripada semua tuduhan-tuduhan tersebut,

' Dia pernah tegur aku dulu, tapi aku selalu buat tak endah sebab bf aku suka aku tak bertudung..T-T'

' Aku tahu Allah tak suka, kawan aku pernah cakap, tapi aku tak sempat nak pergi manshiah beli tudung..T-T'

Bukankah,
semua ini sangat menakutkan,
jika benda ni betul-betul jadi kat kita???

Ya Allah jauhkanlah~! T-T
(nauzubillahminzalik)

Jadi,
jom lah kita jadi sama-sama
jadi magnet
dalam medan magnet
yang dapat menarik antara satu sama lain
untuk menuju redha Dia.

Betul, tak semua orang sempurna.
Masing-masing ada bahagian masing-masing untuk diperbaiki.
Tapi,
ketahuilah, Allah tak pernah kata,
"Awak terlambat untuk berubah!"
 Tak, tak pernahhh!! 

"those who decide to change at twelve will die at eleven" -Hlovate,CJ

Tak pernah terlambat untuk kita buat bancuhan kek sekarang,
kalau kita bancuh kek sekarang,
lepas ni boleh bakar,
lepas bakar,
boleh makan! :)
(sebelum tu baca doa dulu la kan)

sama juga dengan kita,
tak pernah terlambat untuk faham,
bagaimana untuk kita berhubungan diri dengan Allah,
cara hidup yang mana yang harus kita jalani di dunia ini,
yang sesuai mengikut kehendak Allah.

HUBUNGKAN JIWAMU DENGAN TUHAN..~







No comments:

Post a Comment