Di suatu petang Isnin, selepas selesai menunaikan solat Asar...
A: B, tau x, ade sorang budak batch kite ni, nampak sangat dia dah berubah. Kalau tengok post2 dia kat FB,
semuanya pasal tazkirah...teguran2...
B: Oh, yeke? Sape? Dia tegur pasal apa?
A: Saya xsure lak pasal apa yang die selalu tegur. Tapi, beberapa kali la saya terbaca post dia kat FB. Ada pasal
perempuan...perempuan yang kurang menutup aurat...pasal pandangan kaum Adam tentang perempuan..
(dan selain darinya...) Tapi, yang saya kagumnya..nampakla perubahan dia tu, n nampak sangat macam bila
dia dah tahu sesuatu tu, dia da keinginan yang kuat untuk MENYAMPAIKAN kat orang...
B : (tergamam kejap)...Wa...kagumnya....'Ya Allah, camnelah ngn aku ni....' Bagusnya, yela, ramai je orang
yang baik-baik kat dunia ni. Tapi, xsemua yang pandai atau hendak menyampaikan apa yang dia tahu tu.
Tapi. alhamdulillah..dengan apa yang dia tahu tu, dia dapat meng'islahkan diri sendiri, TAPI, lebih kheir
lagi baik kalau dia menyampaikan kat orang...
"Err, awak2 yang terbace ni, setuju x?"
-------------------------------------------------------
Salam kasih sayang kerana Allah..
Alhamdulillah, dapat post lagi harini... ('happy' jap)
Alhamdulillahh...
Ahha, dialog kat atas tu banyak juga ayat yang direka..
tapi, kisah yang berlaku dalam dialog tu bukan rekaan..
Kisah tu, membuatkan saya teringat akan kisah2 sahabat Rasulullah S.A.W.
yang pernah saya dengar sebelum ni..
Lagi sekali,
" awak2 yang terbaca ni, setuju x dengan saya?"
Ketegaran mereka menyampaikan sesuatu yang sangat penting untuk orang tahu.
Takut2 saya terlupa, lebih baik saya tulis kan..Lagi sekali,
" awak2 yang terbaca ni, setuju x dengan saya?"
awak, ha, awakla ,
tau x pasal Tufail Ad-Dausi?
ke dah tau?
nak tau lagi?
JOM!
TUFAIL AD-DAUSI
Nama sebenar beliau, Tufail bin Amru. Beliau adalah seorang penyair dan juga pemimpin Qabilah Ad-Dausi kat Yaman. Pada satu hari, beliau berhajat untuk datang ke Mekah untuk menjalankan perniagaan. Bila sampai je, ramai yang sambut beliau. Kiranya beliau memang sangat2 dihormati oleh penduduk Mekah. Disebabkan keluasan pengaruh Tufail, 'so' orang-orang Musyrikin Mekah ni sangat2lah risau seandainya Tufail tertarik pada Islam. Oleh sebab tulah, orang2 Musyrikin Mekah ni merancang agar Tufail tidak mendengar apa-apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah kat Mekah nanti. 'Diorang' pun cakaplah kat Tufail macam ni...
" Nanti kau datang ke negeri kami, hati-hatilah dengan seorang lelaki di kalangan kami. Dia selalu menjadi msalah kepada kami. Dia dah pecah-belahkan masyarakat kami dan mengganggu urusan kami. Kata-kata dia macam sihir sampai boleh pisahkan antara ayah dengan anaknya, memecah-belahkan antara saudara-mara, suami dengan isteri.. Kami risaula kalau-kalau nanti dia dapat mempengaruhi kamu dan kaummu seperti apa yang dah jadi kat kami ni. Jangan cakap langsung dengannya mahupun mendengar cakapnya walaupun sikit.."
Tufail pun ikut sajalah apa yang disuruh mereka itu...
Tufail menceritakan: " Demi Allah mereka terus-menerus memperingatkanku dengan perkara itu sehingga aku mengambil keputusan tidak mahu mendengar dan bercakap dengannya, bahkan aku menyediakan kapas penyumbat telinga suapay cakap-cakapnya tidak sampai kepadaku. "
Sampailah suatu hari tu...bila Tufail pergi ke masjid, tiba-tiba beliau nampak Rasulullah bersembahyang di sisi Kaabah. Tufail berdiri berhampiran saja dengan Baginda. Dengan kuasa Allah, Tufail pun terdengarlah sebahagian dari kata-kata Rasulullah.
Kata Tufail: " Aku mendengarnya dan aku dapati kata-katanya adalah kata-kata yang baik. Aku pun berfikir sendiri, alangkah tidak baiknya kalau aku tidak mempuat pertimbangan sendiri. Aku seorang penyair, aku boleh menilai baik dan buruk. Apakah yang menghalangku untuk mendengar dari lelaki ini apa yang diucap olehnya. Kalau baik, aku menerimanya, dan kalau buruk, aku menolaknya."
Selepas itu...Tufail pun mengikut Rasulullah beredar pulang ke rumahnya dan masuk menemuinya. Tufail pun ceritalah kisah kedatangannya dan segala amaran-amaran penduduk Mekah terhadapnya. Tufail meminta Rasulullah menerangkan tentang Islam dan membaca Al-Quran.
Kata Tufail lagi: " Maka demi Allah, aku tidak pernah mendengar kata-kata yang lebih baik darinya serta perkara yang lebih adil darinya. Aku terus menganut Islam dan mengikrarkan syahadah yang sebenar.."
Selepas itu...Tufail pun pulanglah ke Yaman dan menyeru kaumnya kepada Islam termasuk bapanya dan isterinya dan ahli qabilah Ad-Dausi. Dengan kuasa Allah, keluarga Tufail dapat menerima Islam yang diajarkan beliau. Namun, sayang kerana hanya keluarga beliau sahaja yang menerima Islam tetapi tidak masayarakat Ad-Dausi. Walaupun Tufail berpengaruh dalam masyarakatnya..beliau gagal mengislamkan mereka kecuali Abu Hurairah. Ini ujian dari Allah untuk Tufail. beliau sedih lalu kembali berjumpa Rasulullah..
Tufail menceritakan kepada Rasulullah tentang masyarakat Ad-Dausi dan memohon agar turunkan bala kepada masyarakatnya yang degil tidak mahu menerima Islam. Tapi, Rasulullah sebaliknya berdoa akan kebaikan kepada masyarakat Ad-Dausi. Rasulullah menyuruh Tufail pulang dan terus menyampaikan ajaran Islam. Dan..Alhamdulillah..ramai masyarakat Ad-Dausi menerima Islam selepas itu..
----------------------------------------------------
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاء
“Sesungguhnya kamu (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Al-Qashash: 56)
Subhanallah..
tak rasa DIRECT ke hidayah Allah bagi kat Tufail?
Awak?! Ha, awakla ika..
Nak jadi macam Tufail tak? ?
No comments:
Post a Comment