Thursday, December 30, 2010

Akhir disember ini

Kadang2 rs sedih bile tengok kebanyakan pekerja kat sini tua2. Ammu kedai photostat, smuanya berumur dkt ngn asrama ni. Serba salah pulak bila nak suh photostat kertas banyak2...

'erk, xpe ke pakcik ni photostatkan untuk aku?'

Nak ckap tebal, ..tebal la gak..soalan2 modul 3 yg aku pinjam dr Shafira..pandai lak die cari soalan2 kat sebuah kedai ni, Syuruk...dekat ngn CC..aku xpenah lak pegi lagi..

Time ammu tu nak dabbasah pulak cm nmpk susah gle...sbbnye dabbasah tu cm dh lame..nak dipadankan ngn kertas2 bertimbun tu, nmpk mmg sgt susah la..tp, ammu tu b'usaha gak nak stapler kertas2 aku tu...akhirnye dpt gak stapler, wlupun ala kadar je..

'takpe aahh..kalo tercabut aku binding aah bile2 nnti'

Aku xla kate ammu kedai ni je yg tue2..ramaiiiiii jee.. pemandu2 teksi, penjual2 asir, n seorang warga oku berjubah putih yg selalu jugak aku jumpa tepi jalan meminta sedekah. Hmm..ke manalah syabab2 bumi Mesir ni...

Memandangkan sejak akhir2 ni selalu gak aku naik tremco, dapatla aku tengok pemandangan sekitar perjalanan.. ape lagi, jamu mate tengok PANTAI!!
yela kan, dah penat tgok buku je..tengok pulak keindahan ciptaan Allah.,
pergh. jamu mate tgok bnde lain dri tgok pntai..
syabab2 bersepah kat tepi pntai tu..
esp yang perempuan n lelakinya..ramai gak yg berpasang2an..
'oohh..mungkin dh kawin kot..'
cuba jugak untuk aku husnuzhon..
tapi aku kira2, xkan psangan yang sudah berkahwin berkelakuan mcm tu?
hmm..
pernah satu ketika seorang shabat aku bercerita,
mase die naik tremco bersama beberapa orang ammu,
die ternampak satu group syabab ni jalan2 wat bising rsenye..
group tu terdiri daripada laki n perempuan ..
salah sorg ammu tu ckp,

'syabab al-youm'
(remaja sekarang..)

hmm..jgn slh sgke...remaja2 mesir ni lebih kurang je cam remaja kat Malaysia..
cumanya belum seteruk Malaysia la..
takut2 lagi teruk dr Malaysia sendiri..
kasihan jugak bila pikir2 balik..ni ke syabab2 yang akan memimpin umat manusia akan datang?
nampaknyaaa...salahlah sangkaan aku sebelum ni bahawa keadaan macam ni kat Malaysia je ade..

aku igt lagi, before aku gi Mesir ni..
sepupu aku penah cakap..

'habis la..ika balik dari Mesir nanti, mesti tudung labuh, gelak xnmpk gigi, jalan tunduk je...'

aku agak die msti die ckp cmtu sbb die masih menggambarkan Mesir masih sama seperti dulu. Tak, aku xlah kata mesir 100% berubah, tapi..erm..aku xpndai nak kate..bukan sama mcm dulu la...tp alhamdulillah, ramai jugak yang masih mengamalkan cara Islam yang sebenar di sini. 

Jadi, suasana di sini bukanlah sama seperti dahulu di mana sistem khilafah masih tegak mempertahankan Islam dan semua rakyat berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah.. kalau nak berubah ke arah yang lebih baik pun, kene pandai2 pilih jugaklah..sebabnya suasana kat sini macam2.. 
tapi bukanlah berubah sampai gelak xnampak gigi,  jalan tunduk langgar dinding...huhu..



Sekitar pemandangan di Mesir..=)
(yang boleh kita amik iktibar..)





Taraweh on 27th of Ramadhan in Alexandria



“Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah karena Allah dan rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang” (Q.S. 4 : 100)


Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya).
(Surah Al-’Imran: Ayat 190-191)

No comments:

Post a Comment